Ngele
Bismillah
Semalam, balik dari malam markaz (dusun raja) dengan abang no.2, pelbagai hanashi kami perbualkan. Mula dari hal bidaah dikalangan orang Melayu sampailah masuk hanashi kahwin.
Hanashi kahwin pun berkait hal bidaah juga seperti bersanding, majlis akad nikah yang bercampur gaul laki pmpuan, 'ngele' dsb.
'ngele' itu dalam loghat kelate, kalau roughly translation maksudnya lebih kurang, menjemput orang datang makan tapi mengisyaratkan supaya memberi sumbangan duit (rm5,rm10 dll). Asal ngele ini baik iaitu menggalakkan orang luar untuk membantu mengurangkan beban family yang mengadakan majlis perkahwinan untuk anaknya tetapi bila nilainya hilang, maka ngele ini sudah menjadi adat yang membebankan bagi orang yang dijemput. Kalau orang yang dijemput berkemampuan tiada masalah, tetapi bagaimana pula orang yang susah ?
Bahkan lebih teruk lagi, kebanyakan orang sekarang ini mengambil kesempatan adat ngele ini untuk mengaut keuntungan. Seolah-olah satu perniagaan, astaghfirullahhal'azim.
Ini berdasarkan pemerhatian kami terhadap orang yang dekat dengan kami sendiri.
13:30 | ラベル: Hal Semasa | 2 Comments
Kaedah-kaedah Fiqh
Bismillah
[1].
مَا لَا يَتِمُّ الْوَاجِبُ إلَّا بِهِ فَهُوَ وَاجِبٌ
Sesuatu yang tidak sempurna melakukan perkara yang wajib tanpa melakukannya, maka melakukannya adalah wajib.
Contoh:
1. Ketika berwudhu` membasuh muka adalah wajib. Tidak sempurna membasuh muka kecuali melangkau sempadan muka. Maka membasuh sedikit dari kepala,telinga,leher dan dibawah dagu adalah wajib.
2. Menutup didalam solat adalah wajib, bagi lelaki antara pusat dan lutut.
Tidak sempurna menutut `aurat kecuali dengan menutup sebahagian pusat dan lutut. Maka menutup pusat atau sebahagiannya dan menutup lutut atau sebahagiannya adalah wajib.
[2].
الْخُرُوجِ مِنْ الْخِلَافِ مُسْتَحَبٌّ
Keluar dari khilaf ialah sunat
Contoh:
Solat qosar (2 rakaat bagi zuhr,`asr dan `isyaa`) apabila jarak musafir cukup 3 marhalah adalah lebih afdhal daripada solat tamam (4 rakaat)
Apabila kita musafir diharuskan kita solat qosar.
Solat zuhur boleh dilakukan 2 rakaat sahaja.
Namun apabila jarak safar kita menjangkau atau melebihi 3 marhalah, maka sunat kita melakukan qosar bagi solat 4 rakaat (Zuhr,`asr dan `isyaa`)
Ini disebabkan kita meraikan mazhab Hanafi yang mewajibkan solat qosar apabila cukup 3 marhalah. Dalam mazhab Hanafi orang yang musafir 3 marhalah tidak sah solat tamam (4 rakaat)
[3].
الْمَيْسُورَ لَا يَسْقُطُ بِالْمَعْسُورِ
Perkara yang mudah tidak gugur dengan sebab perkara yang payah
Contoh:
1. Tidak wajib membuka pembalut untuk meratakan (menyempurnakan) basuh tangan ketika berwudhu`jika ia menyukarkan. Oleh sebab itu wajib tayammum untuk menampung wudhu` yang tidak sempurna kerana bahagian yang tidak terbuka itu tidak boleh dibasuh.
2. Namun membasuh bahagian yang tidak terbalut adalah wajib.
Tidak bermakna apabila telah bertayammun tidak perlu berwudhu` lagi, atau tidak perlu membasuh tangan lagi (bahagian yang tidak dibalut), kerana perkara itu mudah dilakukan, maka ia tetap wajib.
[4].
الْأَصْلَ الْعَدَمُ
Asal setiap sesuatu adalah tiada.
Contoh:
1. Seseorang yang selesai mandi dan memakai baju untukl kemasjid, tiba-tiba dia berfikir"Adakah aku telah berwudhu` semasa dalam bilik air tadi?"
Jawabnya dia dikira masih dalam hadas dan belum berwudhu`
2. Seseorang yang telah melakukan solat maghrib pada jam 7.30 malam dengan wudhu` yang jelas, apabila telah masuk waktu isya` dia terfikir"Adakah aku telah berhadas?"
Jawabnya tidak, dan didihukumkan masih dalam keadaan suci alasannya الْأَصْلَ الْعَدَمُ
.[5
َدَرْءُ الْمَفَاسِدِ مُقَدَّمٌ عَلَى جَلْبِ الْمَصَالِحِ
Menolak kebinasaan didahulukan daripada menarik maslahah
Contoh:
1.Berkumur-kumur dengan bersungguh-sungguh (mubaalaghah) adalah dituntut sepanjang masa disana ada maslahah iaitu menghasilkan kebersihan yang sempurna.
Tetapi apabila berpuasa bersungguh-sungguh berkumur itu boleh menyebabkan kebinasaan iaitu puasa menjadi batal disebabkan air yang terlajak masuk kehalqum.
Oleh itu berkumur-kumur dengan bersungguh-sungguh (mubaalaghah) ketika puasa adalah makruh. Kerana menolak kebinasaan didahulukan daripada menarik maslahah.
2. Menolong seseorang yang meminta agar diletakkan barangannya dalam simpanan kita adalah disuruh disana ada maslahah iaitu membantu dan menolong mereka yang memerlukan. Seandainya kita tidak yakin dapat menunaikan amanah, kita dilarang menerima barangan itu untuk kita simpan, itu adalah pintu kebinasaan. Larangan ini kerana menolak kebinasaan didahulukan daripada menarik maslahah.
Pengharaman arak dan judi mungkin boleh dimasukkan dalam bab ini juga.
Wallahua'lam.
Note : Kredit kepada tuan Insani TKO.
18:02 | ラベル: Pengisian | 0 Comments
Nostalgia Zaman Sekolah
Bismillah
Membaca beberapa entri kisah lama dari blog atau website orang lain membuatkan aku terfikir nostalgia-nostalgiaku di sekolah lama dahulu. Begitu banyak, ya memang begitu banyak tapi tidak pandai dikeluarkan dalam bentuk tulisan. Jadi, biarlah aku menulis setakat yang termampu dahulu.
Bergocoh
*gocoh atau dalam bahasa melayu standard-nya ialah bertumbuk.
Darjah 2 adalah tahun pertama aku bertumbuk dengan orang. Pada masa itu aku adalah ketua kelas 2 Hijau. Cikgu ada mesyuarat, jadi diarahkan ketua kelas untuk menjaga ketenteraman kelas sebab cikgu tahu budak-budak suka membuat bising bila cikgu tiada dalam kelas. Sebab musabab berlakunya pergocohan itu aku tak berapa ingat, cuma yang aku tak lupa budak bernama Khairul ni (bukan nama sebenar) kurang ajar dan lawan arahan aku sebagai ketua kelas.
Mula-mulanya tolak menolak, peluk memeluk, dan akhirnya naiklah kaki dan tangan sebagai senjata utama. Seingat aku, dua kali aku pernah gaduh di kelas itu dan kedua-duanya dengan si Khairul. Yang pertama ok saja, cuma bengkak-bengkak saja. Yang kedua, hidung aku berdarah sebab kena hentak ke dinding. Kepala pun ada kena, pening-pening juga dibuatnya.
Masa itu si Khairul agak samseng di sekolah kerana terpengaruh dengan perangai buruk abangnya, yang memang terkenal sebagai kaki gaduh di kampung. Dia pernah cerita yang dia pernah join abangnya gaduh dengan budak-budak sekolah menengah. Ganas betul. Tapi apapun, aku dan Khairul berkawan baik lepas dua pergaduhan itu. Mungkin sebab masing-masing tahu kekuatan masing-masing, hoho. Bahkan dari dua pergaduhan itu kawan-kawan lain tidak dapat judge siapa yang menang dan siapa yang kalah, kerana selalunya penentuan itu hanya ditentukan dengan salah seorang pihak menangis atau mengalah.
Aku, Dia dan SBP
Dari darjah satu sampailah darjah enam, aku tak pernah dapat potong keputusan peperiksaan kawan baik aku sorang ini. Sebabnya dia selalu dapat nombor satu. Aku pula kadang-kadang nombor 2,3,4, dan 5. Kuyashii sungguh.
Tapi ada satu ujian itu aku dapat potong dia. Yee..ha. Cuma yang tak bestnya ujian itu 4 orang dapat no.1 atas sebab semua dapat jumlah markah yang sama. Aduyai, spoil-lah 3 orang tu. Gua baru nak merasa pemenang mutlak tapi terpaksa berkongsi dengan lu olang plak.
Bila UPSR, aku, dia dan 5 orang kawan lagi dapat keputusan 5A. Minus sorang kesemuanya dapat masuk ke sekolah berasrama penuh. Aku ke Sekolah Alam Shah (SAS), dia ke SM Sultan Abdul Halim (SMSAH), yang lain ke Sekolah Tun Fatimah (STF), SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra (SMSTMFP) dan SM Sains Machang (SMACH). Maka bermakna, aku ke KL dan dia ke Kedah. Jadi bermula dari situlah kami sentiasa terpisah. Terpisah mencari ilmu dan iman. Berhubungnya cuma apabila pulang bercuti panjang di kampung.
Kriss 120cc tiada brek
2003 : Sepanjang cuti persekolahan ini aku tidak bercadang untuk melakukan kerja part time sebagaimana trend budak masa itu memandangkan aku ingin duduk di rumah menjaga adik bongsu aku yang dilahirkan dalam keadaan down syndrome.
Selain itu, aku ingin meluangkan masa bersama dengan kawan baik aku juga, iaitu Wadi. Tapi disebabkan tiada apa-apa kenderaan di rumah hatta basikal, maka terpaksalah Wadi meminjam motor ayahnya Modenas Kriss 120cc tiada brek tangan, lol. Cukup berhati-hati aku naik motor ini bimbang-bimbang kenderaan di depan brek mengejut.
Namun, keseronokan aku bersama kawan baik aku ini tidak lama kerana Wadi dipanggil ke PLKN. Aduh..ada je benda mengacau. Terpaksalah Wadi berada di kem selama 3 bulan (kot) menjalani latihan yang ditetapkan di sana. Ikutkan hati teringin memohon untuk pergi sama dengan Wadi, hehe.
2:10 | ラベル: Nostalgiaku | 5 Comments
Perkahwinan Sekufu
bismillah
Hari ini aku berbual dengan seorang teman berkenaan perkahwinan sekufu atau boleh juga disebut setaraf. Agak susah untuk nyatakan hujjah aku memandangkan aku jarang melakukan kajian berkenaan hal ini. Sekadar tahu sekufu dari segi pengamalan agama sahaja.
Jadi, seperti biasa khidmat pakcik Google diperlukan dan aku menjumpai satu artikel copy paste dari satu portal forum. InsyaALlah ada beberapa ilmu baru dipelajari hari ini.
Sekufu dalam perkahwinan elak pelbagai masalah
Oleh: ZUARIDA MOHYIN
`DUDUK sama rendah, berdiri sama tinggi', 'Sama cantik sama padan' dan `Bagai pinang dibelah dua'.
Itulah kepelbagaian ungkapan yang sering benar diucapkan apabila hendak memuji kecantikan dan ketampanan sepasang pengantin baru.
Luahan perasaan sebegini jelas membuktikan naluri kita sebagai manusia yang gemar kepada keindahan, dan menolak sesuatu yang tidak sepadan atau tidak secocok.
Apatah lagi, perkahwinan merupakan ikatan perjanjian dua orang insan untuk berkongsi segalanya dalam menempuh kehidupan berumah tangga, yang mengharapkannya kekal sepanjang hayat.
Lantaran itu, sebaiknya kedua-duanya setaraf dalam banyak hal supaya rumah tangga yang akan diharungi lebih mudah dilayari.
Kesesuaian atau sefahaman dalam memilih suami mahupun isteri, merupakan asas dalam membina keluarga Muslim.
Kesesuaian bukan sahaja dinilai dari aspek kedudukan, harta kekayaan dan pendidikan akan tetapi kesamaan atau sefahaman dalam agama turut diambil kira di dalam Islam.
Firman Allah s.w.t. bermaksud: Hai manusia, sesungguhnya Kami ciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. (Al-Hujarat: 13)
Penolong Profesor di Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Fakulti Ilmu Wahyu dan Sains kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak, Dr. Amilah Awang Abd. Rahman dalam hal ini menjelaskan, apabila kita membicarakan soal sekufu atau `kafaah', kita tidak boleh melihat ia sebagai satu perkara yang terpisah daripada agama itu sendiri.
Menjadi satu kepentingan, agar umat Islam melihatnya sebagai satu keadaan yang menyeluruh kerana Islam sentiasa memandang sesuatu perkara itu secara global.
Dalam isu kafaah ini, sebenarnya Islam mengutamakan kepentingan pembinaan keluarga itu sendiri, atau ia memandang jauh kerana keluarga di dalam Islam itu amat penting.
Bahkan ada yang mengatakan, keluarga merupakan buah pinggang kepada masyarakat.
Ini bermaksud, kalau keluarga itu baik, maka baiklah masyarakat. Begitu juga sekiranya keluarga itu pincang, maka pincanglah juga masyarakatnya,'' kata Dr. Amilah sewaktu ditemui di pejabatnya.
Hakikatnya terang Dr. Amilah lagi, keluarga memainkan peranan penting dalam agama Islam.
Jadi apabila Islam menggalakkan sekufu, ini bermakna Islam melihat lebih jauh lagi mengenai peranan sesuatu keluarga itu.
Ini kerana perbezaan yang terlalu banyak dan ketara di antara pasangan suami dengan isteri dalam pelbagai perkara, hanya akan menimbulkan berbagai-bagai masalah untuk meneruskan kehidupan berkeluarga yang akan dibina kelak.
Bahkan sekiranya tiada sekufu antara kedua-duanya, maka isteri atau walinya berhak menuntut fasakh selepas perkahwinannya.
Ia berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim: Tidak berhak mengahwinkan seorang anak perempuan kecuali dengan wali, dan tidak berhak mengahwinkan wanita kecuali dengan lelaki yang sekufu dengannya.
Sekufu didefinisikan oleh para ulama sebagai `al musawah wal muqarab' atau yang bermaksud persamaan atau hampir.
Yang dimaksudkan dengan persamaan atau hampir ini lebih ditekankan dalam Islam kepada pihak perempuan.
Jadi di sini, sekiranya seorang lelaki itu mengambil seorang isteri yang lebih rendah pendidikannya atau yang lebih sedikit hartanya dan sebagainya, ia biasanya tidak menimbulkan sebarang masalah kemudian hari.
Berlainan pula seandainya seorang isteri bersuamikan seorang lelaki yang jauh lebih rendah daripadanya dalam semua perkara. Dalam hal inilah, Islam melihat kafaah sebagai satu aspek yang perlu dijaga,'' jelas Dr. Amilah.
Tambah beliau, menurut ulama feqah, keseluruhan mereka mengambil kira kepentingan sekufu, sehingga didapati Mazhab Syafie meletakkan sekufu sebagai hak seorang perempuan dan hak walinya.
Sementara bagi Mazhab Hanafi, walaupun tidak ada wali mujbir (wali yang boleh memaksa anaknya untuk berkahwin atau tidak berkahwin, misalnya ayah dan datuk) seorang perempuan itu boleh mengahwinkan dirinya tanpa wali.
Namun wali mujbirnya iaitu bapanya contohnya, masih berhak untuk membubarkan perkahwinan itu sekiranya mendapati pasangan tersebut tidak sekufu.
Sebagaimana dijelaskan di atas bahawa sekufu merupakan hak kepada wanita dan walinya, maka sekiranya salah seorang daripada orang yang berhak ini menghalang perkahwinan disebabkan tidak sekufu, maka perkahwinan itu tidak boleh dilangsungkan.
Contohnya, seorang perempuan membawa calon suaminya tetapi tidak dipersetujui oleh bapanya sebagai seorang wali mujbir dengan alasan lelaki tersebut tidak sekufu dengan anaknya, maka alasan itu dianggap munasabah dan hak bapanya sebagai wali tidak boleh dipindahkan kepada wali hakim atau wali selepasnya.
Begitu juga sekiranya seorang perempuan yang dipaksa berkahwin oleh wali mujbirnya, sama ada bapa ataupun datuk tetapi dia menolak dengan alasan bahawa perkahwinan ini tidak sekufu, maka dia berhak untuk menghalang perkahwinan ini.
Jelas di sini, kata Dr. Amilah, bahawa semua mazhab meletakkan sekufu sebagai satu perkara yang penting.
Jumhur mengatakan, sekufu adalah syarat untuk meneruskan perkahwinan, bukannya syarat sah perkahwinan tetapi tidak dinafikan bahawa sekufu penting dalam perkahwinan.
Sementara menurut Imam Shirazi, apabila seorang wanita ingin berkahwin dengan orang yang tidak sekufu, tidak menjadi kewajipan kepada wali mengahwinkannya.
Manakala, bagi Imam Imrani pula, pemerintah tidak boleh mengambil alih ataupun wali tidak boleh dipaksa untuk mengahwinkah anak perempuan dengan pasangannya yang tidak sekufu.
Jelas di sini kata Dr. Amilah, sekufu adalah hak kedua-dua belah pihak, iaitu calon isteri dan walinya. Pun begitu ia boleh digugurkan dengan syarat dipersetujui oleh kedua-dua.
Ini dijelaskan lagi oleh hadis riwayat Aisyah, Rasulullah s.a.w. bersabda: Pilihlah olehmu untuk keturunan kamu dan bernikahlah dengan orang yang sekufu. (Riwayat al-Baihaqi)
Manakala di dalam kitab Fathul Qadir, ``Tidak boleh menikahkan seorang perempuan itu kecuali walinya dan mereka tidak akan menikahkannya kecuali yang sekufu''.
Pada zaman Rasulullah s.a.w. ada seorang hamba bernama Burairah yang dimerdekakan oleh Aisyah r.anha.
Setelah dia dimerdekakan, Rasulullah bertanya kepadanya kerana dia telah berkahwin dengan seorang hamba.
Baginda memberi pilihan kepada Burairah sama ada mahu meneruskan perkahwinannya atau bercerai.
Nyatalah bahawa Rasulullah begitu menitikberatkan soal sekufu, memandangkan suami Burairah masih menjadi hamba berbanding dirinya yang sudah merdeka.
Kata Dr. Amilah lagi, ayat al-Quran yang begitu terang menceritakan tentang sekufu ini tidak ada. Cuma yang ada ialah ayat yang agak hampir dalam masalah sekufu ini, iaitu surah an-Nur ayat 26, Allah s.w.t. berfirman maksudnya:
Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (juga), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik, dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Malah kepentingan sekufu ini tidak terhad kepada gadis dan wali sahaja, wanita yang berstatus janda juga perlu dititikberatkan soal sekufu.
Ini terbukti apabila Rasulullah s.a.w. berpesan kepada Ali bin Abi Talib, Tiga perkara jangan kamu tangguhkan. Pertama, menunaikan sembahyang apabila masuk waktunya. Kedua, menguruskan jenazah, dan ketiga, janda sekiranya didapati ada lelaki yang sekufu dengannya, maka langsungkanlah pernikahannya. (Riwayat Tirmizi)
Menyedari kepentingan sekufu ini, saran Dr. Amilah kepada ibu bapa dan remaja perempuan, agar mengambil berat mengenainya tetapi ja ngan bersikap terlalu rigid.
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: Apabila datang pinangan kepada kamu daripada orang-orang yang kamu redhai agamanya dan akhlaknya, maka kahwinkanlah dengannya. Sesungguhnya, sekiranya kamu tidak berbuat demikian, akan menyebabkan fitnah dan kefasadan (kerosakan) di muka bumi.
Menyentuh mengenai tahap pendidikan ujar Dr. Amilah, aspek pendidikan boleh dikaitan dengan profesion atau kerjaya dan penghayatan agama (ilmu agama).
Contohnya sebuah kisah yang berlaku pada zaman baginda Rasulullah. Bilal bin Rabah (bekas hamba) berketurunan Habshi telah dikahwinkan dengan seorang wanita Ansar.
Wanita tersebut mengetahui bahawa Bilal bukan berbangsa Arab. Namun, Rasulullah mengenepikan soal darjat antara kedua-duanya dan mengatasinya dengan cara memberi kefahaman dan penghayatan agama.
Begitu juga kisah sekumpulan orang-orang Ansar yang berkata kepada Ali bin Abi Talib, ``Alangkah baiknya kalau kamu memiliki Fatimah.'' Lalu Ali menemui Rasulullah s.a.w. untuk meminang puterinya, Fatimah. Setelah mengucapkan salam beliau ditanya oleh Rasulullah s.a.w.: Apa hajatmu wahai putera Abi Talib? Jawab Ali, Aku hendak melamar Fatimah puteri Rasulullah s.a.w. Rasul menjawab: Marhaban Wa Ahlan. dan tidak berkata apa-apa lagi. Maka Ali keluar menemui sekumpulan orang-orang Ansar yang sedang menunggunya tadi. Mereka bertanya, ``Berita apa yang kau bawa?'' Ali menjawab, ``Aku tidak tahu kerana baginda hanya mengatakan kepadaku, Marhaban.''
Daripada peristiwa ini jelas menunjukkan bahawa sekufu dalam agama merupakan aspek penting dalam pemilihan jodoh.
17:20 | ラベル: Pengisian | 2 Comments
Jom Berdikir Barat (II)
Bahagian kedua ini mari kita tengok corak orang berdikir 10 tahun lalu berbanding sekarang. Yang paling ketara mungkin gaya awak-awak dan pemakaian.
Pertandingan Dikir Barat IPTA Pertama 1996
Ulasan :
1. tok jogho dan awak-awak cuma pakai baju batik, pemain alat muzik dan tok karut pakai baju melayu.
2. gaya awak-awak tersangat simple.
3. barangkali kurang latihan dan pendedahan akan dikir barat seperti ini.
Tapi apa-apa pun aku suka lagu karut tahun 1996 ni sebab lebih asli berbanding sekarang. GUna loghat kelate pekat dan nyanyi seakan-akan spontan. (mungkin memang spontan, wallahua'lam)
16:49 | ラベル: Hal Semasa | 2 Comments
Jom Berdikir Barat (I)
Bismillah
Bila sebut pasal dikir barat, mungkin kebanyakan orang berpendapat hanya orang Kelantan sahaja yang berminat dengan lagu-lagu irama muzik ini. Tetapi ketahuilah wahai kebanyakan orang bahawa di Singapura pun lagu dikir barat banyak dimainkan, apatah lagi di dalam negara kita sendiri. :)
Apapun, aku tarak kisah sama itu tanggapan orang ramai. Yang penting aku nak bagitahu kat sini yang aku begitu meminati irama muzik tradisional yang begitu popular di negeri tercinta ini.^^
Jika dibuat ranking muzik-muzik yang aku minat, selepas nasyid, dikir barat berada di nombor dua. Punk rock di nombor tiga, woha! Manakala nombor terakhir ialah lagu jiwang keparat yang tak hilang-hilang karat tu. (tapi kadang-kadang layan juga. layan jiwang katakan, wakaka).
Boleh dikatakan tiap hari aku mesti dengar lagu dikir barat. Sukanya aku dengan lagu dikir barat ini walaupun lagu yang sama, aku masih boleh dengar berulang-ulang kali. Kadang-kadang kalau lagu nasyid, bosan juga dengar banyak kali, tapi lagu dikir barat entah mengapa lain gayanya. Mungkin sebab aku dapat merasai 'roh' dikir barat , haha. Tapi 'roh dikir barat' tu nate apo plok ?
Itu...lu pikirlah sendiri.=)
Lagu Best
Ada banyak lagu dikir barat yang best, cuma aku nak letak satu jer kat sini yang orang Kelantan biasa dengar. Kalau ada orang Kelantan yang tak biasa dengar lagu ni, tolong cakap kat dia, "baik lu tukar negerila...oghe kelate gapo tok tahu lagu nih". huh!. Bagi orang luar negeri Kelantan, kalau korang boleh faham dan tukar bahasa lirik lagu ini, wa janji wa akan belanja aiskrim Hagendaz sekotak. =]
Ok, layanz...
tambahan :
1. lagu ni guna loghat melayu pattani, tapi masih tak jauh beza dengan loghat kelate.
2. jenis lagu ni sudah boleh dipanggil lagu dikir moden, bukan dikir barat asli lagi, sebab muzik background dia dah guna minus one.
3. aku lagi suka lagu dikir barat asli berbanding dikir moden, tapi lagu yang menceritakan suasana orang kampung seperti ini masih aku minati. Dengar sambil tambahkan joushiki.
Wassalam.
5:48 | ラベル: Hal Semasa | 0 Comments
TAFSIR : BasmALlah (Surah Al-Fatihah)
Bismillah
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ (1
Di dalam Al-Quran ada 114 surah, semuanya dimulai dengan "Basmalah", kecuali surah At-Taubah. Surah At-Taubah ini tidak dimulai dengan "Basmalah" karena memang tidak serasi kalau dimulai dengan "Basmalah". Di samping pada permulaannya "Basmalah" ada disebutkan satu kali di pertengahan surah An-Naml:30; dengan demikian "Basmalah" itu didapati di dalam Al-Quran 114 kali.
Ada beberapa pendapat ulama berkenaan dengan "Basmalah" yang terdapat pada permulaan sesuatu surah. Di antara pendapat-pendapat itu yang termasyhur ialah:
1."Basmalah" itu adalah suatu ayat yang tersendiri, diturunkan Allah untuk jadi kepala masing-masing surah, dan pembatas antara surah dengan surah yang lain. Jadi dia bukanlah satu ayat dari Al-Fatihah atau dari sesuatu surah yang lain, yang dimulai dengan Basmalah itu. Ini adalah pendapat Imam Malik beserta ahli qiraat dan fuqaha Madinah, Basrah dan Syam dan juga pendapat Imam Abu Hanifah dan pengikut-pengikutnya. Sebab itu menurut Imam Abu Hanifah, "Basmalah" itu tidak dikeraskan membacanya dalam salat bahkan Imam Malik tidak membaca "Basmalah" sama sekali.
2."Basmalah" adalah salah satu ayat dari Al-Fatihah, dan dari sesuatu surah yang lain, yang dimulai dengan "Basmalah". Ini adalah pendapat Imam Syafie beserta ahli qiraat Mekah dan Kufah. Sebab itu menurut mereka "Basmalah" itu dibaca dengan suara keras dalam salat (Jahar).
Kalau kita perhatikan bahwa sahabat-sahabat Rasulullah saw. telah sependapat menuliskan "Basmalah" pada permulaan sesuatu surah dan surah-surah Al-Quranul Karim itu, kecuali surah At-Taubah (karena memang dari semula turunnya tidak dimulai dengan Basmalah) dan bahwa Rasulullah saw. melarang menuliskan sesuatu yang bukan Al-Quran supaya tidak bercampur aduk dengan Al-Quran. Sebab itu oleh mereka tidak dituliskan "amin" di akhir surah Al-Fatihah. Basmalah itu adalah salah satu ayat dari Al-Quran atau dengan perkataan lain bahwa "basmalah-basmalah" yang terdapat di dalam Al-Quran itu adalah ayat-ayat Al-Quran, lepas dari pendapat apakah satu ayat dari Al-Fatihah atau dari sesuatu surah yang lain, yang dimulai dengan Basmalah atau tidak.
Sebagai disebutkan di atas surah Al-Fatihah itu terdiri dari tujuh ayat. Mereka yang berpendapat bahwa basmalah itu tidak termasuk satu ayat dari Al-Fatihah, memandang:
غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ
adalah salah satu ayat, dengan demikian ayat-ayat Al-Fatihah itu tetap tujuh.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ (1
"Dengan menyebut nama Allah", maksudnya "dengan menyebut nama Allah saya baca atau saya mulai". Seakan-akan Nabi berkata: "Saya baca surah ini dengan menyebut nama Allah, bukan dengan menyebut nama saya sendiri, sebab dia wahyu dari Tuhan, bukan dari saya sendiri. Maka basmalah di sini mengandung arti bahwa Al-Quranul Karim itu wahyu dari Allah, bukan karangan Muhammad saw. dan Muhammad itu hanyalah seorang pesuruh Allah yang dapat perintah menyampaikan Alquran kepada manusia.
Pemakaian kata "Allah"
"Allah" nama bagi Zat yang ada dengan sendiri-Nya (wajibul wujud). Kata "Allah" itu hanya dipakai oleh bangsa Arab kepada Tuhan yang sebenarnya, yang berhak disembah, yang mempunyai sifat-sifat kesempurnaan. Mereka tidak memakai kata itu untuk tuhan-tuhan atau dewa-dewa mereka yang lain.
Kata "Ar-Rahman" terambil dari "Ar-Rahmah" yang berarti "belas kasihan", yaitu suatu sifat yang menimbulkan perbuatan memberi nikmat dan karunia.
Jadi kata "Ar-Rahman" itu ialah: Yang berbuat (memberi) nikmat dan karunia yang banyak.
Kata "Ar-Rahim" juga terambil dari "Ar-Rahmah", dan arti "Rahim" ialah: Orang yang mempunyai sifat belas kasihan, dan sifat itu "tetap" padanya selama-lamanya.
Maka Ar-Rahman Ar-Rahim (Arrahmanirrahim) itu maksudnya: Tuhan itu telah memberi nikmat yang banyak dengan murah-Nya dan telah melimpahkan karunia yang tidak terhingga, karena Dia adalah bersifat belas kasihan kepada makhluk-Nya, dan oleh karena sifat belas kasihan itu adalah suatu sifat yang tetap pada-Nya maka nikmat dan karunia Allah itu tidak ada putus-putusnya.
Dengan demikian maka kata-kata "Ar-Rahman" dan "Ar-Rahim" itu kedua-duanya adalah diperlukan dalam susunan ini, karena masing-masing mempunyai arti yang khusus.
Tegasnya bila seseorang Arab mendengar orang mensifati Allah dengan Ar-Rahman, maka terpahamlah olehnya bahwa Allah itu telah melimpahkan nikmat dan karunia-Nya dengan banyak dan berlimpah-limpah. Tetapi bahwa limpahan nikmat dan karunia yang banyak itu tetap, tidak putus-putus tidak dapat dipahami dari lafaz Ar-Rahman itu saja. Karena itu perlulah diikuti dengan Ar-Rahim, supaya orang mengambil pengertian bahwa limpahan nikmat dan karunia serta kemurahan Allah itu tidak ada putus-putusnya.
Hikmah membaca basmalah
Seorang muslim disuruh membaca basmalah di waktu mengerjakan sesuatu pekerjaan yang baik. Yang demikian itu untuk mengingatkan bahwa pekerjaan yang dikerjakannya itu adalah suruhan Allah, atau karena telah diizinkan-Nya. Maka karena Allahlah dia mengerjakan pekerjaan itu dan kepada-Nya dia meminta pertolongan supaya pekerjaan itu terlaksana dengan baik dan berhasil.
Nabi saw. bersabda:
كل أمر ذي بال لايبدأ فيه ببسم الله فهو أبتر أي مقطوع الذنب ناقص
"Sesuatu pekerjaan yang penting yang tidak dimulai dengan menyebut nama Allah adalah buntung, yakni tidak ada hasilnya."
Orang Arab sebelum datang Islam mengerjakan sesuatu pekerjaan adalah dengan menyebut Al-Lata dan Al-`Uzza, yaitu nama-nama berhala mereka. Sebab itu Allah swt. mengajarkan kepada penganut-penganut agama Islam yang telah mengesakan-Nya supaya mereka mengerjakan dengan menyebut nama Allah.
Wallahua'lam.
2:07 | ラベル: Pengisian | 0 Comments