Cincin III
Bismillah
8:04 | ラベル: Pengisian | 0 Comments
Kenapa aku BerUsrah
Kenapa aku berusrah, padahal aku sendiri pun masih banyak yang kurangnya.
Kenapa aku berusrah, padahal aku bukan betul-betul baik.
Kenapa aku berusrah, padahal aku bukannya alim.
Kenapa aku berusrah, padahal nafsuku selalu mengatakan MALAS.
Kenapa agaknya ? Owh.
.......................................................................
Syukur alhamdulillah, aku diberi nikmat oleh Allah SWT untuk merasai nikmat bercakap-cakap hal agama dengan orang lain. Maka tidak perlulah aku fikirkan sangat "kenapa aku berusrah" kerana tujuannya sudah sedia ada dalam lafaz tauhidku selama ini.
Tuhan itu Satu.
Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah SWT.
Tiada kuasa yang dapat memberi manfaat dan mudharat melainkan Allah SWT.
Aku perlu sebarkan hal yang penting ini kepada setiap orang, setiap pintu, setiap rumah, setiap persatuan, setiap jemaah dan setiap tempat yang mampu ku pergi.
Wallahua`lam.
17:56 | ラベル: Muhasabah | 3 Comments
Cincin II
Hadith Kelima
Anas r.a. meriwayatkan, "Rasulullah s.a.w. berhasrat mengutus warkah kepada Kisra, Kaisar dan Najashi, menyeru mereka kepada Islam. Para sahabat r.a. berkata, '(Ya Rasulullah) mereka tidak mengendahkan surat yang tidak ada cap mohor.' Lantaran itu Rasulullah s.a.w. minta dibuat cincin dari perak berukir MUHAMMAD RASULULLAH."
(Sahih Bukhari, Bab Pakaian; Sahih Muslim, Bab Pakaian; Sunan Abu Daud, Bab Cincin)
Kisra ialah gelaran bagi raja Parsi, Kaisar (Caesar) bagi raja Rumawi dan Najashi bagi raja Habsyi. Baginda s.a.w. mengutus Saidina Abdullah ibn Huzaifah r.a. membawa surat kepada Kisra. Kisra telah mengoyak surat Baginda itu. Apabila diketahui oleh Baginda, beliau bersabda, "Semoga Allah mengoyak kerajaannya", dan berlakulah hal itu. Surat kepada raja Rumawi dibawa oleh Saidina Dihyah ibn Khalifah Kalbi r.a. Walaupun dia mengakui Baginda sebagai Rasul tetapi tidak memeluk Islam. Dinyatakan dalam Mawahib Ladunniyyah dan kitab-kitab lain; surat kepada Najashi, Raja Habsyi disampaikan oleh Saidina 'Amr ibn Umayyah Damri r.a. Dia bukannya Najashi yang disebut sebelum ini yang kematiannya disolat jenazah oleh Baginda. Beliau adalah Najashi yang lain. Mengikut Mulla Ali Qari rah. di dalam kitabnya tidak diketahui sama ada dia memeluk Islam atau tidak.
Rasulullah s.a.w. telah menulis banyak warkah termaktub dalam kitab-kitab hadith dan seerah. Perkara ini telah dibicara dengan terperinci dalam kitab-kitab tertentu. Di sini disiarkan 3 pucuk surat dalam hadith di atas secara ringkas.
Sepucuk surat ditulis kepada Aparvez, Kisra Parsi, cucu kepada Naw-sherwan. Isi suratnya adalah seperti berikut :
Dari Muhammad, Rasulullah kepada Kisra, Maharaja Parsi
Selamat sejahtera bagi mereka yang mengikut kebenaran dan beriman kepada Allah serta RasulNya dan bersaksi bahawa tidak ada yang disembah selain Allah, Yang tidak ada sekutu dan Muhammad hamba serta RasulNya. Daku menyeru kamu kepada Allah. Sesungguhnya daku adalah utusan Allah yang benar, dihantar untuk sekelian alam bagi mengingati orang yang hidup (kerana mereka tidak mengerti- manusia tanpa akal ibarat orang yang mati) dan menyempurnakan bukti kebenaran Allah (kewujudan Allah) kepada yang tidak beriman (agar mereka tidak berkata mereka tidak tahu pada hari Qiamat). Terimalah Islam agar anda selamat. Jika anda menolak maka anda tanggung seluruh dosa penyembah api kerana anda menyesatkan mereka.
Dari Muhammad, Hamba dan Rasul Allah kepada Kaisar, Raja Rumawi
Selamat sejahtera bagi mereka yang mengikuti kebenaran.
Amma ba'du. Setelah memuji Allah, daku menyeru kamu kepada Kalimah Islam (Laa ilaha illallah Muhammadur Rasulullah). Terimalah Islam agar anda selamat. Allah akan kurniakan anda ganjaran 2 kali ganda (kerana Ahlul Kitab akan dikurnia pahala berganda jika memeluk Islam, yang tercatat di dalam Al-Qur'an di akhi surah al-Hadid) dan jika anda menolak maka dosa rakyat anda di atas bahu anda.
Wahai Ahlul Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang sama di antara kami dan kamu iaitu tauhid di mana kita tidak menyembah selain Allah dan tidak mennyengutukanNya dan tidak mengangkat yang lain sebagai Tuhan (sebagaimana rahib dan paderi dianggap tuhan). Jika mereka berpaling maka katakanlah, "Saksikanlah bahawa kami adalah orang Muslimin (maka kami isytihar agama kami dan sekarang anda bertanggungjawab atas diri anda).
[ayat Quran ini adalah dari surah al-Imran: 64]
(BUKHARI, I'LAMUS SAA-I-LEEN)
Apabila Dihya Kalbi r.a. membaca surat itu di hadapan Kaisar, anak saudara lelaki Kaisar yang hadir melenting dan minta itu diserahkan kepadanya. Kaisar bertanya, "apakah yang mahu kamu lakukan dengannya?" Dia menjawab, "surat ini tidak layak dibaca. Nama dia sebut dahulu bukan nama tuanku. Sepatutnya dia memanggil tuanku Maharaja, bukannya raja." Kaisar berkata, "Kamu bebal. Adakah kamu mahu aku membuang surat seorang yang dikunjungi oleh Jibrail yang agung. Sekiranya dia seorang Nabi dia memang sepatutnya menulis begitu."
Saidina Kalbi r.a. telah diberi layanan yang baik lagi terhormat. Surat itu sampai sewaktu Kaisar dalam lawatan ke tempat itu. Setelah kembali beliau kumpul sekelian menterinya dan berucap kepada mereka, "Saya ingin membawa perhatian anda kepada sesuatu yang baik dan gemilang bagi mengekalkan watan kamu. Sesungguhnya orang itu adalah seorang Rasul. Iku dan taatilah dia." Kaisar berucap dalam sebuah bilik yang dikunci pintu dan tingkapnya. Menteri dan kenamaannya gempar serta marah sehingga mereka kelam kabut, bertindak liar dan cuba lari keluar. Kerana pintu terkunci, keadaan itu berlanjutan beberapa waktu. Kaisar mententeramkan mereka dan meneruskan ucapannya, "seorang yang mengaku Nabi telah muncul. Saya ingin menguji betapa teguh pendirian kamu atas agama kamu dan sekarang saya telah tahu jawapannya." Sekelian yang hadir menjadi tenang lalu sujud di hadapannya. Kemudian beliau memuji mereka dan biar mereka pergi.
Riwayat lain menceritakan beliau mengucup surat itu dan meletak di atas kepalanya. Beliau lalu membalutnya kemas dengan kain sutera lalu disimpan. Beliau mengundang Ketua Gereja dan berbincang dengannya. Paderi itu berkata, "Sesungguhnya beliaulah Nabi Yang Terakhir dan khabar gembira yang disebut dalam kitab suci kita." Ujar Kaisar, "Saya juga mempercayainya tetapi ada satu halangan. Andainya saya memeluk Islam mereka akan membunuh saya dan saya akan kehilangan kerajaan."
[I'LAMUS SAA-I-LEEN]
Tatkala surat itu tiba, Kaisar berada di Baitul Maqdis menziarahi tempat suci. Satu kafilah dagangan dari Makkah juga ada di situ. Untuk selidik hal berkenaan, Kaisar memanggil ketua kafilah mengadapnya. Kisanya tercatit di dalam kitab Bukhari. Peristiwa ini berlaku ketika Rasulullah s.a.w. sedang menandatangani perjanjian damai selama beberapa tahun dengan orang Makkah di Hudaibiyyah. Satu perjanjian agar tidak ada peperangan di antara kaum Muslimin dan orang Makkah dipersetujui. Abu Suffian yang belum Islam berkata, "Sekali daku pergi ke Sham (Syria) waktu perdamaian itu. Hiraqul telah menerima surat Rasulullah s.a.w. menyerunya kepada Islam. Setelah menerima surat yang disampaikan oleh Dihya Kalbi r.a. itu, beliau bertanya penduduk tempatan jika ada sesiapa yang tahu mengenai orang yang mengaku Nabi itu. Mereka berkata, "Ya, ada satu kafilah baru saja tiba." Lantas kami dipanggil mengadap Kaisar. Daki dan beberapa teman Quraishku pergi mengadap Kaisar. Beliau persila kami duduk lalu bertanya, "Siapakah di antara kamu yang ada hubungan dengan orang yang mengaku Nabi itu?" Daku mengaku ada hubungan persaudaraan dengannya. Dia pun mempersila daku duduk di sisinya dan perintah teman-temanku duduk di belakangku dengan berkata, "Saya akan tanya beberapa soalan kepadanya. Jika dia bohong, beritahu saya." Sebelum memeluk Islam Abu Sufian adalah musuh ketat Nabi s.a.w. Dia berkata, "Aku bersumpah sekiranya daku tidak takut orang akan mengatakan daku berdusta dan menyebabkan aku malu pasti daku telah berbohong. Kerana takut air mukaku jatuh maka aku akan berkata benar."
Beliau berbicara kepada aku melalui penterjemah.
Kaisar: Bagaimanakah nasabnya (keturunan) dikalangan kamu?
Abu Sufian: Dia dari keturunan keluarga yang mulia.
K: Adakah dikalangan nenek moyangnya yang pernah menjadi raja?
A: Tidak ada.
K: Sebelum mengaku Nabi, adakah dia pernah dituduh berdusta?
A: Tidak pernah.
K: Adakah pengikutnya dari kalangan atasan atau orang awam?
A: Dari kalangan orang awam.
K: Adakah pengikutnya bertambah atau berkurang?
A: Pengikutnya bertambah.
K: Adakah di antara pengikutnya yang kecewa lalu murtad?
A: Tidak ada.
K: Adakah kamu pernah berperang menentangnya?
K: Apakah keputusan peperangan itu?
A: Adakala mereka menang dan adakala kami menang.
K: Adakah dia pernah mungkir janji (khianat)?
A: Tidak pernah. Ketika ini kami sedang dalam perjanjian dengannya. Kami tidak tahu sama ada beliau akan patuhinya atau tidak. [Abu Sufian berkata, "Aku tidak dapat ucap selain dari ini untuk diriku.]
K: Adakah sesiapa yang mengaku Nabi sebelumnya?
A: Tidak ada.
Dalam setengah riwayat disebut bahawa Hiraqul bertanya Abu Sufian, "Mengapa kamu takut dia menyalahi perjanjian?" Jawab Abu Sufian, "Kaumku telah membantu sekutu kami melawan sekutunya." Kata Hiraqul, "Kamu yang telah berlaku khianat."
Hiraqul meneruskan cakapnya. "Saya tanya berkenaan nasabnya. Kamu kata dia dari keturunan mulia. Nabi-nabi adalah dari kalangan keluarga yang mulia. Saya tanya jika ada keturunannya yang pernah menjadi raja? Kamu kata, "tidak ada." Saya duga dia mahu tuntut kembali takhta itu. Saya tanya adakah pengikutnya dari kaum atasan atau orang yang dhaif? Sekelian pengikut Nabi yang terdahulu adalah dari golongan itu. Saya tanya pernahkah dia berdusta sebelum mengaku Nabi? Kamu menafikannya. Saya kira jika dia membohongi manusia dia juga akan bohong mengenai Allah. Saya tanya adakah pengikutnya merasa kecewa lalu murtad? Kamu menafikannya. Itulah keajaiban iman. Cinta dan kebahagiaan dinikmati apabila iman berputik di dalam sanubari. Saya tanya sama ada bilangan mereka bertambah atau berkurang? Kamu kata mereka bertambah. Ituah keistimewaan iman apabila teguh. Saya tanya tentang peperangan dengannya. Kamu jata adakala dia menang, adakala kamu. Demikian juga pada sekelian Nabi tetapi kemenangan kerap memihak kepada mereka. Saya tanya adakah beliau pernah mungkir janji? Kamu menafikannya. Inilah sifat seorang Nabi, dia tidak pernah khianat. Saya tanya adakah nenek moyangnya pernah mengaku Nabi sebelumnya? Kamu juga menafikannya. Jika ada orang yang mengaku Nabi sebelum ini saya kira dia mungkin cuba menirunya."
Hiraqul kemudian menanya kafilah itu, "Apakah ajaran beliau?" Jawab mereka, "mendirikan solat, membayar zakat dan memelihara hubungan baik sesama saudara. Menjaga kesucian diri dan merendah diri." Hiraqul berkata, "Andainya apa yang kamu katakan itu benar, sesungguhnya beliau adalah seorang Nabi. Saya percaya beliau telah lahir tetapi tidak sangka dia dari kalangan kamu. Jika saya boleh menemuinya tentu saya lakukan.(tetapi takut kerrajaan serta nyawanya hilang). Jika saya berada di sisinya, saya akan sapu dan cuci kakinya. Tidak syak, pemerintahannya akan menguasai tempat di mana saya sedang berdiri."
Kisah Hiraqul banyak dirakam dalam kitab-kitab hadith. Dia seorang yang mendalami kitab sucinya dan ilmu kaji bintang. Oleh itu, beliau meneliti dan juga mengkaji berkenaannya. Setengah riwayat menyatakan beliau simpan surat Rasulullah s.a.w. itu dengan baik dan hormat di dalam sebuah kotak emas. Ianya disimpan serta dijaga oleh anak cucunya sampai beberapa keturunan.
bersambung...
8:54 | ラベル: Pengisian | 4 Comments
Cincin I
Bismillah
Cincin yang cantik bila dipakai pada tangan yang cantik maka bertambahlah kecantikkannya. Tapi, cincin yang cantik bila dipakai pada tangan yang buruk, maka hilanglah atau kuranglah seri kecantikkannya.
Sama juga keadaannya bila perempuan yang cantik akhlak dan budi pekertinya dikahwinkan pada lelaki yang teruk akhlaknya, maka lama-kelamaan hilanglah kecantikkan akhlak dan budi pekertinya tadi. Asbab itu perlulah teliti ketika mencari pasangan untuk berkahwin.
.......................
Sekian saja hal mencari pasangan walaupun ia tiada kaitan dengan entri pada kali ini. woha!
.......................
Hal sebenar yang ingin disentuh ialah tentang pemakaian cincin.
Adakah ianya pemakaian sunnah ?
Jika ya, cincin jenis apa yang dipakai oleh Nabi SAW ?
Jari mana ? Tangan mana ?
Ok, persoalan ini akan terjawab dengan melihat hadis-hadis yang tertera di bawah ;
Hadis Pertama :
Anas ibn Malik r.a. berkata bahawa cincin Rasulullah SAW dibuat daripada perak dan batu permatanya dari Habasyah (Abyssinia).
(Sahih Bukhari; Sahih Muslim, Bab Pakaian; Sunan Abu Daud, Bab Khatam, Hadith 4216; Sunan Tirmidhi, Bab Pakaian; Sunan Nasai, Bab Pakaian; Sunan Ibn Majah, Bab Pakaian.)
Menurut kebanyakan para ulama memakai cincin dari perak adalah dibenarkan. Mazhab Hanafi mengatakan tidak boleh memakai cincin dari gangsa, besi, keluli dan sebagainya.
Pada peringkat awal, Rasulullah SAW tidak memiliki cincin sehingga diberitahu bahawa Kisra Parsi serta lain-lain tidak terima atau melayani surat-surat yang tidak ada cap mohor. Baginda mahu mengutus surat kepada raja-raja menyeru mereka kepada Islam maka sebuah cap mohor dibuat pada tahun 6 atau 7 Hijrah.
Ulama telah memberi pelbagai pandangan berhubung dengan memakai cincin. Sesetengah berpendapat adalah makruh memakai cincin kecuali raja dan hakim. Dari kajian ulama Hanafi dalam hal ini menurut 'Shaami' adalah sunnah memakai cincin bagi raja, hakim, pemegang amanah dan mereka yang dituntut tera mohor. Selain mereka, orang lain dibenarkan tetapi adalah lebih baik tidak memakainya. Sebabnya jelas bahawa Rasulullah SAW hanya membuat sebentuk cincin setelah diminta sebelum mengutus warkah kepada raja-raja. Abu Daud dan lain-lain menyatakan dilarang memakai cincin selain raja-raja.
Oleh kerana terbukti ramai kalangan sahabat r.a. memakai cincin dan disaksi oleh Rasulullah SAW dan sebuah hadith ada menyebut Baginda tidak melarangnya maka larangan tersebut di atas perlu pertimbangan yang mana lebih baik dan utama.
Hadith Kedua :
Ali ibn Abi Talib r.a. berkata, "Rasulullah SAW memakai cincin di tangan kanannya."
(Sunan Abu Daud, Bab Khatam (cincin), hadith 4226 dan Sunan Nasai)
Pelbagai riwayat dipetik berhubung dengan pemakaian cincin oleh Rasulullah SAW sama ada di tangan kanan atau tangan kirinya. Segolongan Muhaddithin berpendapat Baginda memakainya di tangan kanan. Imam Bukhari, Imam Tirmidhi serta muhaddithin lainnya juga berpendirian serupa. Sebilangan kecil ulama merumuskan bahawa Baginda memakai pada tangan kanan dan kadangkala pada tangan kirinya juga. Ulama berbeda pendapat tangan manakah yang terbaik apabila memakai cincin.
Hadith Ketiga :
Hammad ibn Salamah r.a. berkata, " Daku lihat Abdur Rahman ibn Abi Rafi r.a. memakai cincin di tangan kanannya. Aku bertanya sebabnya, beliau menjawab, 'Saya lihat Abdullah ibn Ja'far r.a. memakai cincin di tangan kanan dan beliau berkata dia telah melihat Rasulullah s.a.w. memakai cincin di tangan kanan Baginda.' "
(Sunan Tirmidhi, Bab Pakaian Hadith 1744; Sunan Ibn Majah, Bab Pakaian Hadith 3647; Sunan Nasai, Bab Perhiasan)
Hadith Keempat :
Diriwayat dari Abdullah ibn Ja'far r.a. dari sumber yang lain bahawa Rasulullah s.a.w. memakai cincin di tangan kanan.
(Sunan Tirmidhi, Sunan Ibn Majah, Sunan Nasai)
Di dalam hadith dinyatakan untuk cantik dan menarik adalah lebih sesuai pada tangan kanan. Justeru, Ibn Hajar rah., seorang imam dalam Ilmu Hadith berkata, "Setelah mengkaji hadith itu saya dapati bahawa untuk dilihat cantik dan menarik, pakai pada tangan kanan dan untuk menera cap atau tanda, pakai pada tangan kiri kerana mudah ditanggal setelah digunakan." Tercatit di dalam hadith bahawa Baginda telah memakai cincin pada kedua belah tangannya (kiri atau kanan).
bersambung...
18:01 | ラベル: Muhasabah | 0 Comments
Ngele
Bismillah
Semalam, balik dari malam markaz (dusun raja) dengan abang no.2, pelbagai hanashi kami perbualkan. Mula dari hal bidaah dikalangan orang Melayu sampailah masuk hanashi kahwin.
Hanashi kahwin pun berkait hal bidaah juga seperti bersanding, majlis akad nikah yang bercampur gaul laki pmpuan, 'ngele' dsb.
'ngele' itu dalam loghat kelate, kalau roughly translation maksudnya lebih kurang, menjemput orang datang makan tapi mengisyaratkan supaya memberi sumbangan duit (rm5,rm10 dll). Asal ngele ini baik iaitu menggalakkan orang luar untuk membantu mengurangkan beban family yang mengadakan majlis perkahwinan untuk anaknya tetapi bila nilainya hilang, maka ngele ini sudah menjadi adat yang membebankan bagi orang yang dijemput. Kalau orang yang dijemput berkemampuan tiada masalah, tetapi bagaimana pula orang yang susah ?
Bahkan lebih teruk lagi, kebanyakan orang sekarang ini mengambil kesempatan adat ngele ini untuk mengaut keuntungan. Seolah-olah satu perniagaan, astaghfirullahhal'azim.
Ini berdasarkan pemerhatian kami terhadap orang yang dekat dengan kami sendiri.
13:30 | ラベル: Hal Semasa | 2 Comments
Kaedah-kaedah Fiqh
Bismillah
[1].
مَا لَا يَتِمُّ الْوَاجِبُ إلَّا بِهِ فَهُوَ وَاجِبٌ
Sesuatu yang tidak sempurna melakukan perkara yang wajib tanpa melakukannya, maka melakukannya adalah wajib.
Contoh:
1. Ketika berwudhu` membasuh muka adalah wajib. Tidak sempurna membasuh muka kecuali melangkau sempadan muka. Maka membasuh sedikit dari kepala,telinga,leher dan dibawah dagu adalah wajib.
2. Menutup didalam solat adalah wajib, bagi lelaki antara pusat dan lutut.
Tidak sempurna menutut `aurat kecuali dengan menutup sebahagian pusat dan lutut. Maka menutup pusat atau sebahagiannya dan menutup lutut atau sebahagiannya adalah wajib.
[2].
الْخُرُوجِ مِنْ الْخِلَافِ مُسْتَحَبٌّ
Keluar dari khilaf ialah sunat
Contoh:
Solat qosar (2 rakaat bagi zuhr,`asr dan `isyaa`) apabila jarak musafir cukup 3 marhalah adalah lebih afdhal daripada solat tamam (4 rakaat)
Apabila kita musafir diharuskan kita solat qosar.
Solat zuhur boleh dilakukan 2 rakaat sahaja.
Namun apabila jarak safar kita menjangkau atau melebihi 3 marhalah, maka sunat kita melakukan qosar bagi solat 4 rakaat (Zuhr,`asr dan `isyaa`)
Ini disebabkan kita meraikan mazhab Hanafi yang mewajibkan solat qosar apabila cukup 3 marhalah. Dalam mazhab Hanafi orang yang musafir 3 marhalah tidak sah solat tamam (4 rakaat)
[3].
الْمَيْسُورَ لَا يَسْقُطُ بِالْمَعْسُورِ
Perkara yang mudah tidak gugur dengan sebab perkara yang payah
Contoh:
1. Tidak wajib membuka pembalut untuk meratakan (menyempurnakan) basuh tangan ketika berwudhu`jika ia menyukarkan. Oleh sebab itu wajib tayammum untuk menampung wudhu` yang tidak sempurna kerana bahagian yang tidak terbuka itu tidak boleh dibasuh.
2. Namun membasuh bahagian yang tidak terbalut adalah wajib.
Tidak bermakna apabila telah bertayammun tidak perlu berwudhu` lagi, atau tidak perlu membasuh tangan lagi (bahagian yang tidak dibalut), kerana perkara itu mudah dilakukan, maka ia tetap wajib.
[4].
الْأَصْلَ الْعَدَمُ
Asal setiap sesuatu adalah tiada.
Contoh:
1. Seseorang yang selesai mandi dan memakai baju untukl kemasjid, tiba-tiba dia berfikir"Adakah aku telah berwudhu` semasa dalam bilik air tadi?"
Jawabnya dia dikira masih dalam hadas dan belum berwudhu`
2. Seseorang yang telah melakukan solat maghrib pada jam 7.30 malam dengan wudhu` yang jelas, apabila telah masuk waktu isya` dia terfikir"Adakah aku telah berhadas?"
Jawabnya tidak, dan didihukumkan masih dalam keadaan suci alasannya الْأَصْلَ الْعَدَمُ
.[5
َدَرْءُ الْمَفَاسِدِ مُقَدَّمٌ عَلَى جَلْبِ الْمَصَالِحِ
Menolak kebinasaan didahulukan daripada menarik maslahah
Contoh:
1.Berkumur-kumur dengan bersungguh-sungguh (mubaalaghah) adalah dituntut sepanjang masa disana ada maslahah iaitu menghasilkan kebersihan yang sempurna.
Tetapi apabila berpuasa bersungguh-sungguh berkumur itu boleh menyebabkan kebinasaan iaitu puasa menjadi batal disebabkan air yang terlajak masuk kehalqum.
Oleh itu berkumur-kumur dengan bersungguh-sungguh (mubaalaghah) ketika puasa adalah makruh. Kerana menolak kebinasaan didahulukan daripada menarik maslahah.
2. Menolong seseorang yang meminta agar diletakkan barangannya dalam simpanan kita adalah disuruh disana ada maslahah iaitu membantu dan menolong mereka yang memerlukan. Seandainya kita tidak yakin dapat menunaikan amanah, kita dilarang menerima barangan itu untuk kita simpan, itu adalah pintu kebinasaan. Larangan ini kerana menolak kebinasaan didahulukan daripada menarik maslahah.
Pengharaman arak dan judi mungkin boleh dimasukkan dalam bab ini juga.
Wallahua'lam.
Note : Kredit kepada tuan Insani TKO.
18:02 | ラベル: Pengisian | 0 Comments
Nostalgia Zaman Sekolah
Bismillah
Membaca beberapa entri kisah lama dari blog atau website orang lain membuatkan aku terfikir nostalgia-nostalgiaku di sekolah lama dahulu. Begitu banyak, ya memang begitu banyak tapi tidak pandai dikeluarkan dalam bentuk tulisan. Jadi, biarlah aku menulis setakat yang termampu dahulu.
Bergocoh
*gocoh atau dalam bahasa melayu standard-nya ialah bertumbuk.
Darjah 2 adalah tahun pertama aku bertumbuk dengan orang. Pada masa itu aku adalah ketua kelas 2 Hijau. Cikgu ada mesyuarat, jadi diarahkan ketua kelas untuk menjaga ketenteraman kelas sebab cikgu tahu budak-budak suka membuat bising bila cikgu tiada dalam kelas. Sebab musabab berlakunya pergocohan itu aku tak berapa ingat, cuma yang aku tak lupa budak bernama Khairul ni (bukan nama sebenar) kurang ajar dan lawan arahan aku sebagai ketua kelas.
Mula-mulanya tolak menolak, peluk memeluk, dan akhirnya naiklah kaki dan tangan sebagai senjata utama. Seingat aku, dua kali aku pernah gaduh di kelas itu dan kedua-duanya dengan si Khairul. Yang pertama ok saja, cuma bengkak-bengkak saja. Yang kedua, hidung aku berdarah sebab kena hentak ke dinding. Kepala pun ada kena, pening-pening juga dibuatnya.
Masa itu si Khairul agak samseng di sekolah kerana terpengaruh dengan perangai buruk abangnya, yang memang terkenal sebagai kaki gaduh di kampung. Dia pernah cerita yang dia pernah join abangnya gaduh dengan budak-budak sekolah menengah. Ganas betul. Tapi apapun, aku dan Khairul berkawan baik lepas dua pergaduhan itu. Mungkin sebab masing-masing tahu kekuatan masing-masing, hoho. Bahkan dari dua pergaduhan itu kawan-kawan lain tidak dapat judge siapa yang menang dan siapa yang kalah, kerana selalunya penentuan itu hanya ditentukan dengan salah seorang pihak menangis atau mengalah.
Aku, Dia dan SBP
Dari darjah satu sampailah darjah enam, aku tak pernah dapat potong keputusan peperiksaan kawan baik aku sorang ini. Sebabnya dia selalu dapat nombor satu. Aku pula kadang-kadang nombor 2,3,4, dan 5. Kuyashii sungguh.
Tapi ada satu ujian itu aku dapat potong dia. Yee..ha. Cuma yang tak bestnya ujian itu 4 orang dapat no.1 atas sebab semua dapat jumlah markah yang sama. Aduyai, spoil-lah 3 orang tu. Gua baru nak merasa pemenang mutlak tapi terpaksa berkongsi dengan lu olang plak.
Bila UPSR, aku, dia dan 5 orang kawan lagi dapat keputusan 5A. Minus sorang kesemuanya dapat masuk ke sekolah berasrama penuh. Aku ke Sekolah Alam Shah (SAS), dia ke SM Sultan Abdul Halim (SMSAH), yang lain ke Sekolah Tun Fatimah (STF), SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra (SMSTMFP) dan SM Sains Machang (SMACH). Maka bermakna, aku ke KL dan dia ke Kedah. Jadi bermula dari situlah kami sentiasa terpisah. Terpisah mencari ilmu dan iman. Berhubungnya cuma apabila pulang bercuti panjang di kampung.
Kriss 120cc tiada brek
2003 : Sepanjang cuti persekolahan ini aku tidak bercadang untuk melakukan kerja part time sebagaimana trend budak masa itu memandangkan aku ingin duduk di rumah menjaga adik bongsu aku yang dilahirkan dalam keadaan down syndrome.
Selain itu, aku ingin meluangkan masa bersama dengan kawan baik aku juga, iaitu Wadi. Tapi disebabkan tiada apa-apa kenderaan di rumah hatta basikal, maka terpaksalah Wadi meminjam motor ayahnya Modenas Kriss 120cc tiada brek tangan, lol. Cukup berhati-hati aku naik motor ini bimbang-bimbang kenderaan di depan brek mengejut.
Namun, keseronokan aku bersama kawan baik aku ini tidak lama kerana Wadi dipanggil ke PLKN. Aduh..ada je benda mengacau. Terpaksalah Wadi berada di kem selama 3 bulan (kot) menjalani latihan yang ditetapkan di sana. Ikutkan hati teringin memohon untuk pergi sama dengan Wadi, hehe.
2:10 | ラベル: Nostalgiaku | 5 Comments
Mysahabat.com.my
-
-
-
-
タイ焼きくん6 日前
-
-
-
-
-
Autumn Leaves2 か月前
-
-
-
マイ ブログ リスト
-
-
-
-
Pencerahan Minda4 時間前
-
-
kita pejuang pas22 時間前
-
-
-
-