久しぶりにエントリを書く

Bismillah


Sudah agak lama teman tak menulis di blog ini. Asyik-asyik teman dok mengendap di blog orang lain saja. Haiz..bermasalah betul, tapi apapun pagi yang hampir masuk tengah hari ini, teman nak tulis seperenggan dua kat blog sendiri.

******************************************
Al-kisahnya pagi ini teman bangun awal setelah terdengar azan yang keluar dari speaker iCreative teman. Rupa-rupanya bagus juga tidur depan komputer dengan volume speaker dikuatkan. Cuma malangnya teman tak tersedar mendengar alarm telefon bimbit yang disetkan jam 4.00 pagi. Kalau tak, boleh solat tahajjud 2,4 rakaat sebelum subuh kan. Alarm itu terset jam 4.00 pagi sebab baru-baru ini di Kem Amilin IPIJ, peserta diwajibkan bangun tahajjud.

Selepas solat subuh, seperti biasa perut mesti rasa lapar. Pergi ke dapur tiada pula benda yang boleh alaskan perut. Jadi, terpaksalah pekena air teh saja. Sambil minum itu teman layanlah semua website yang selalu teman buka tiap hari. Facebook, tranungkite.net , saifulislam.com , ipij.info dan 4,5 website lagi. Oh ya, utusan meloya pun teman buka juga tapi cuma untuk tengok berita sukan yang lembab cam siput itu dan berita politikus yang mengarut-ngarut. Berita hairan teman jarang buka sebab lebih kurang sama saja dia dengan utusan meloya. Kalau yang sana kata beruk, yang ni kata monyet, jadi lebih kurang samalah kan.

Oklah, hasrat teman sudah tercapai untuk menulis serangkap dua (walaupun sudah terlebih). Check diari, hari ini teman perlu temankan Abang Fariz (phd student di YNU) ke sekolah anaknya, Fathnin untuk urusan pendaftaran dan lain-lain hal.

Semoga hari ini segala kerja buat kita diberkati dan dipermudahkan Allah. Amin Ya Rabb.

0 コメント:

コメントを投稿