Cincin III

Bismillah


Surat ke-3 di dalam hadith ini diutus kepada Najashi, raja Habsyi. Semasa hayat Rasulullah SAW ada 2 orang raja Habsyi. Yang pertama memeluk Islam bernama As-hamah. Kaum Muhajirin berhijrah ke sana pada zamannya. Waktu itu beliau belum Islam. Kisah ini tertulis dalam bab pertama buku Hayatus Sahabah.

Rasulullah SAW telah mengutus Saiyidina `Amr ibn Umayyah Damri r.a. membawa surat Najashi yang kedua. Berikut ialah isi surat berkenaan;

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Maha Penyayang
Dari Muhammad, Rasul Allah kepada Najashi,
Raja Habasyah Pencinta Kedamaian.

Saya mengucapkan segala pujian bagi Allah, tidak ada yang disembah selain Dia. Raja Yang Tiada Aib, Tiada Kekurangan, Pemelihara Keamanan, Maha Penyelamat (sekelian makhluk). Dan saya bersaksi bahawa Isa a.s. adalah Ruh Allah, Kalimah Allah yag diutus kepada Maryam yang suci dan benar, lalu mengandungkannya. Allah telah mencipta beliau dari RuhNya yang istimewa dan memberinya nyawa sebagaimana Dia mencipta Adam a.s. dengan TanganNya (tanpa bapa). Saya menyeru kamu keoada Tuhan Yang Esa Yang tiada Sekutu bagiNya dan menyeru kamu membantu dalam menta`atiNya. Saya megajak kamu Tidak syak lagi, Saya adalah Rasul Allah. Saya menyeru kamu dan tenteramu kepada Allah. Saya telah menyampaikan yang haq dan menasihati kamu. Terimalah nasihat saya. Selamat sejahtera bagi mereka yang mengikut petunjuk.

Setengah Muhaddithin menyatakan bahawa Najashi berkenaan telah Islam sebelum itu. Setelah menerima warkah Baginda, beliau lalu mengisytiharkan keIslamannya kepada umum. Yang lain mengatakan, beliau memeluk Islam sejurus menerima surat Baginda SAW. Beliau membalas surat Baginda, mengaku beliau telah Islam dan membenarkan apa yang ditulis berkaitan Isa a.s., perkataan demi perkataan. Jawapannya itu diutus berserta puteranya dengan 70 orang pengiring. Malangnya bahtera mereka karam di laut dan tiada seorang pun yang selamat tiba. Najashi mangkat ketika Rasulullah SAW masih hidup. Baginda telah melakukan solat jenazahnya. Setelah Najashi itu mangkat Najashi yang lain pula dilantik. Sepucuk surat yang lain pula telah diutus kepadanya;

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Maha Penyayang

Warkah ini dari Rasul Allah kepada Najashi, Raja Habasyah. Selamat sejahtera bagi mereka yang mengikut kebenaran dan beriman kepada Allah dan RasulNya dan bersaksi bahawa tidak ada yang disembah selain Allah, Maha Esa, tiada ada sekutu, isteri atau anak. Dan bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba serta RasulNya. Saya mengajak kamu kepada Kalimah Allah serta RasulNya. Saya mengajak kamu kepada kalimah Allah. Terimalah Islam nescaya kamu akan selamat. Wahai Ahlul Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang sama di antara kami dan kamu, di mana kita tidak akan menyembah selain Allah dan tidak meyengutukanNya dan tidak mengangkat yang lain sebagai tuhan. Jika mereka berpaling maka katakanlah: "Saksikanlah, bahawa kami adalah orang Muslimin." Jika anda tidak menerima seruan saya atau menolaknya, dosa kaum Nasara adalah di atas bahumu."

Bismillah lazim ditulis pada pembukaan surat. Tetapi dari salinan yang saya petik, Bismillah tidak ditulis. Tidak dapat dipastikan sama ada Najashi itu memeluk Islam atau tidak atau apakah namanya. Jumhur Muhaddithin berpendapat bahawa surat ke 3 kepada Najashi dalam hadith ini adalah Najashi yang sama. Dalam beberapa riwayat yang tercatit namanya, dikatakan dia bukanlah Najashi yang Rasulullah SAW lakukan solat jenazah itu. Ulasan ini lebih tepat. Setengah Muhaddithin hanya meyebut surat kepada Najashi yang pertama dan Muhaddithin yang lain pula hanya menyebut surat yang ke-2.

0 コメント:

コメントを投稿