Cincin II

Hadith Kelima

Anas r.a. meriwayatkan, "Rasulullah s.a.w. berhasrat mengutus warkah kepada Kisra, Kaisar dan Najashi, menyeru mereka kepada Islam. Para sahabat r.a. berkata, '(Ya Rasulullah) mereka tidak mengendahkan surat yang tidak ada cap mohor.' Lantaran itu Rasulullah s.a.w. minta dibuat cincin dari perak berukir MUHAMMAD RASULULLAH."

(Sahih Bukhari, Bab Pakaian; Sahih Muslim, Bab Pakaian; Sunan Abu Daud, Bab Cincin)

Kisra ialah gelaran bagi raja Parsi, Kaisar (Caesar) bagi raja Rumawi dan Najashi bagi raja Habsyi. Baginda s.a.w. mengutus Saidina Abdullah ibn Huzaifah r.a. membawa surat kepada Kisra. Kisra telah mengoyak surat Baginda itu. Apabila diketahui oleh Baginda, beliau bersabda, "Semoga Allah mengoyak kerajaannya", dan berlakulah hal itu. Surat kepada raja Rumawi dibawa oleh Saidina Dihyah ibn Khalifah Kalbi r.a. Walaupun dia mengakui Baginda sebagai Rasul tetapi tidak memeluk Islam. Dinyatakan dalam Mawahib Ladunniyyah dan kitab-kitab lain; surat kepada Najashi, Raja Habsyi disampaikan oleh Saidina 'Amr ibn Umayyah Damri r.a. Dia bukannya Najashi yang disebut sebelum ini yang kematiannya disolat jenazah oleh Baginda. Beliau adalah Najashi yang lain. Mengikut Mulla Ali Qari rah. di dalam kitabnya tidak diketahui sama ada dia memeluk Islam atau tidak.

Rasulullah s.a.w. telah menulis banyak warkah termaktub dalam kitab-kitab hadith dan seerah. Perkara ini telah dibicara dengan terperinci dalam kitab-kitab tertentu. Di sini disiarkan 3 pucuk surat dalam hadith di atas secara ringkas.

Sepucuk surat ditulis kepada Aparvez, Kisra Parsi, cucu kepada Naw-sherwan. Isi suratnya adalah seperti berikut :

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Maha Penyayang
Dari Muhammad, Rasulullah kepada Kisra, Maharaja Parsi

Selamat sejahtera bagi mereka yang mengikut kebenaran dan beriman kepada Allah serta RasulNya dan bersaksi bahawa tidak ada yang disembah selain Allah, Yang tidak ada sekutu dan Muhammad hamba serta RasulNya. Daku menyeru kamu kepada Allah. Sesungguhnya daku adalah utusan Allah yang benar, dihantar untuk sekelian alam bagi mengingati orang yang hidup (kerana mereka tidak mengerti- manusia tanpa akal ibarat orang yang mati) dan menyempurnakan bukti kebenaran Allah (kewujudan Allah) kepada yang tidak beriman (agar mereka tidak berkata mereka tidak tahu pada hari Qiamat). Terimalah Islam agar anda selamat. Jika anda menolak maka anda tanggung seluruh dosa penyembah api kerana anda menyesatkan mereka.

Saidina Abdullah ibn Huzaifah r.a. telah diarah menyerahkan surat itu kepada gabenor Kisra di Bahrain. Surat itu disampaikan kepada Kisra melalui gabenor. Surat itu dibaca kepada Kisra yang kemudian mengoyak dan melemparnya. Tatkala dimaklumkan kepada Baginda, Baginda lalu mengutuk Kisra. Dia kemudian dibunuh dengan kejam oleh anaknya, Sherwiyyah. Peristiwa ini tercatit di dalam kitab-kitab sirah.

Surat ke-2 dibawa oleh Saidina Dihyah Kalbi r.a. kepada Kaisar Rumawi. Menurut ahli sirah namanya ialah Hiraqul. Walaupun dia tidak masuk Islam, surat itu dihormati dan disimpan. Apabila Rasulullah s.a.w. tahu hal itu, Baginda bersabda, "Kisra mengoyak kerajaannya dan Kaisar memelihara kerajaannya." Surat itu adalah seperti berikut :

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Maha Penyayang
Dari Muhammad, Hamba dan Rasul Allah kepada Kaisar, Raja Rumawi
Selamat sejahtera bagi mereka yang mengikuti kebenaran.

Amma ba'du. Setelah memuji Allah, daku menyeru kamu kepada Kalimah Islam (Laa ilaha illallah Muhammadur Rasulullah). Terimalah Islam agar anda selamat. Allah akan kurniakan anda ganjaran 2 kali ganda (kerana Ahlul Kitab akan dikurnia pahala berganda jika memeluk Islam, yang tercatat di dalam Al-Qur'an di akhi surah al-Hadid) dan jika anda menolak maka dosa rakyat anda di atas bahu anda.
Wahai Ahlul Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang sama di antara kami dan kamu iaitu tauhid di mana kita tidak menyembah selain Allah dan tidak mennyengutukanNya dan tidak mengangkat yang lain sebagai Tuhan (sebagaimana rahib dan paderi dianggap tuhan). Jika mereka berpaling maka katakanlah, "Saksikanlah bahawa kami adalah orang Muslimin (maka kami isytihar agama kami dan sekarang anda bertanggungjawab atas diri anda).
[ayat Quran ini adalah dari surah al-Imran: 64]

(BUKHARI, I'LAMUS SAA-I-LEEN)

Apabila Dihya Kalbi r.a. membaca surat itu di hadapan Kaisar, anak saudara lelaki Kaisar yang hadir melenting dan minta itu diserahkan kepadanya. Kaisar bertanya, "apakah yang mahu kamu lakukan dengannya?" Dia menjawab, "surat ini tidak layak dibaca. Nama dia sebut dahulu bukan nama tuanku. Sepatutnya dia memanggil tuanku Maharaja, bukannya raja." Kaisar berkata, "Kamu bebal. Adakah kamu mahu aku membuang surat seorang yang dikunjungi oleh Jibrail yang agung. Sekiranya dia seorang Nabi dia memang sepatutnya menulis begitu."

Saidina Kalbi r.a. telah diberi layanan yang baik lagi terhormat. Surat itu sampai sewaktu Kaisar dalam lawatan ke tempat itu. Setelah kembali beliau kumpul sekelian menterinya dan berucap kepada mereka, "Saya ingin membawa perhatian anda kepada sesuatu yang baik dan gemilang bagi mengekalkan watan kamu. Sesungguhnya orang itu adalah seorang Rasul. Iku dan taatilah dia." Kaisar berucap dalam sebuah bilik yang dikunci pintu dan tingkapnya. Menteri dan kenamaannya gempar serta marah sehingga mereka kelam kabut, bertindak liar dan cuba lari keluar. Kerana pintu terkunci, keadaan itu berlanjutan beberapa waktu. Kaisar mententeramkan mereka dan meneruskan ucapannya, "seorang yang mengaku Nabi telah muncul. Saya ingin menguji betapa teguh pendirian kamu atas agama kamu dan sekarang saya telah tahu jawapannya." Sekelian yang hadir menjadi tenang lalu sujud di hadapannya. Kemudian beliau memuji mereka dan biar mereka pergi.

Riwayat lain menceritakan beliau mengucup surat itu dan meletak di atas kepalanya. Beliau lalu membalutnya kemas dengan kain sutera lalu disimpan. Beliau mengundang Ketua Gereja dan berbincang dengannya. Paderi itu berkata, "Sesungguhnya beliaulah Nabi Yang Terakhir dan khabar gembira yang disebut dalam kitab suci kita." Ujar Kaisar, "Saya juga mempercayainya tetapi ada satu halangan. Andainya saya memeluk Islam mereka akan membunuh saya dan saya akan kehilangan kerajaan."
[I'LAMUS SAA-I-LEEN]

Tatkala surat itu tiba, Kaisar berada di Baitul Maqdis menziarahi tempat suci. Satu kafilah dagangan dari Makkah juga ada di situ. Untuk selidik hal berkenaan, Kaisar memanggil ketua kafilah mengadapnya. Kisanya tercatit di dalam kitab Bukhari. Peristiwa ini berlaku ketika Rasulullah s.a.w. sedang menandatangani perjanjian damai selama beberapa tahun dengan orang Makkah di Hudaibiyyah. Satu perjanjian agar tidak ada peperangan di antara kaum Muslimin dan orang Makkah dipersetujui. Abu Suffian yang belum Islam berkata, "Sekali daku pergi ke Sham (Syria) waktu perdamaian itu. Hiraqul telah menerima surat Rasulullah s.a.w. menyerunya kepada Islam. Setelah menerima surat yang disampaikan oleh Dihya Kalbi r.a. itu, beliau bertanya penduduk tempatan jika ada sesiapa yang tahu mengenai orang yang mengaku Nabi itu. Mereka berkata, "Ya, ada satu kafilah baru saja tiba." Lantas kami dipanggil mengadap Kaisar. Daki dan beberapa teman Quraishku pergi mengadap Kaisar. Beliau persila kami duduk lalu bertanya, "Siapakah di antara kamu yang ada hubungan dengan orang yang mengaku Nabi itu?" Daku mengaku ada hubungan persaudaraan dengannya. Dia pun mempersila daku duduk di sisinya dan perintah teman-temanku duduk di belakangku dengan berkata, "Saya akan tanya beberapa soalan kepadanya. Jika dia bohong, beritahu saya." Sebelum memeluk Islam Abu Sufian adalah musuh ketat Nabi s.a.w. Dia berkata, "Aku bersumpah sekiranya daku tidak takut orang akan mengatakan daku berdusta dan menyebabkan aku malu pasti daku telah berbohong. Kerana takut air mukaku jatuh maka aku akan berkata benar."

Beliau berbicara kepada aku melalui penterjemah.

Kaisar: Bagaimanakah nasabnya (keturunan) dikalangan kamu?
Abu Sufian: Dia dari keturunan keluarga yang mulia.
K: Adakah dikalangan nenek moyangnya yang pernah menjadi raja?
A: Tidak ada.
K: Sebelum mengaku Nabi, adakah dia pernah dituduh berdusta?
A: Tidak pernah.
K: Adakah pengikutnya dari kalangan atasan atau orang awam?
A: Dari kalangan orang awam.
K: Adakah pengikutnya bertambah atau berkurang?
A: Pengikutnya bertambah.
K: Adakah di antara pengikutnya yang kecewa lalu murtad?
A: Tidak ada.
K: Adakah kamu pernah berperang menentangnya?
A: Pernah.
K: Apakah keputusan peperangan itu?
A: Adakala mereka menang dan adakala kami menang.
K: Adakah dia pernah mungkir janji (khianat)?
A: Tidak pernah. Ketika ini kami sedang dalam perjanjian dengannya. Kami tidak tahu sama ada beliau akan patuhinya atau tidak. [Abu Sufian berkata, "Aku tidak dapat ucap selain dari ini untuk diriku.]
K: Adakah sesiapa yang mengaku Nabi sebelumnya?
A: Tidak ada.

Dalam setengah riwayat disebut bahawa Hiraqul bertanya Abu Sufian, "Mengapa kamu takut dia menyalahi perjanjian?" Jawab Abu Sufian, "Kaumku telah membantu sekutu kami melawan sekutunya." Kata Hiraqul, "Kamu yang telah berlaku khianat."

Hiraqul meneruskan cakapnya. "Saya tanya berkenaan nasabnya. Kamu kata dia dari keturunan mulia. Nabi-nabi adalah dari kalangan keluarga yang mulia. Saya tanya jika ada keturunannya yang pernah menjadi raja? Kamu kata, "tidak ada." Saya duga dia mahu tuntut kembali takhta itu. Saya tanya adakah pengikutnya dari kaum atasan atau orang yang dhaif? Sekelian pengikut Nabi yang terdahulu adalah dari golongan itu. Saya tanya pernahkah dia berdusta sebelum mengaku Nabi? Kamu menafikannya. Saya kira jika dia membohongi manusia dia juga akan bohong mengenai Allah. Saya tanya adakah pengikutnya merasa kecewa lalu murtad? Kamu menafikannya. Itulah keajaiban iman. Cinta dan kebahagiaan dinikmati apabila iman berputik di dalam sanubari. Saya tanya sama ada bilangan mereka bertambah atau berkurang? Kamu kata mereka bertambah. Ituah keistimewaan iman apabila teguh. Saya tanya tentang peperangan dengannya. Kamu jata adakala dia menang, adakala kamu. Demikian juga pada sekelian Nabi tetapi kemenangan kerap memihak kepada mereka. Saya tanya adakah beliau pernah mungkir janji? Kamu menafikannya. Inilah sifat seorang Nabi, dia tidak pernah khianat. Saya tanya adakah nenek moyangnya pernah mengaku Nabi sebelumnya? Kamu juga menafikannya. Jika ada orang yang mengaku Nabi sebelum ini saya kira dia mungkin cuba menirunya."

Hiraqul kemudian menanya kafilah itu, "Apakah ajaran beliau?" Jawab mereka, "mendirikan solat, membayar zakat dan memelihara hubungan baik sesama saudara. Menjaga kesucian diri dan merendah diri." Hiraqul berkata, "Andainya apa yang kamu katakan itu benar, sesungguhnya beliau adalah seorang Nabi. Saya percaya beliau telah lahir tetapi tidak sangka dia dari kalangan kamu. Jika saya boleh menemuinya tentu saya lakukan.(tetapi takut kerrajaan serta nyawanya hilang). Jika saya berada di sisinya, saya akan sapu dan cuci kakinya. Tidak syak, pemerintahannya akan menguasai tempat di mana saya sedang berdiri."

Kisah Hiraqul banyak dirakam dalam kitab-kitab hadith. Dia seorang yang mendalami kitab sucinya dan ilmu kaji bintang. Oleh itu, beliau meneliti dan juga mengkaji berkenaannya. Setengah riwayat menyatakan beliau simpan surat Rasulullah s.a.w. itu dengan baik dan hormat di dalam sebuah kotak emas. Ianya disimpan serta dijaga oleh anak cucunya sampai beberapa keturunan.

bersambung...

5 コメント:

sketsa sebuah perjuangan さんのコメント...

assalamualaikum pembuka bicara.
mie apa khabr??

kawe nie. Nik M Hafizul. gu lamo. Pasti lu ingat. Kan? :)

ainohikari さんのコメント...

Wslm warahmatullah
time aku belek2 blog wadi tadi, jupo namo pengomen dale tulise jawi tulih nik hafizul...haha.

kawe ingak demo dk ppehe lagi. tapi blaja kat kuis loni doh deh. amik course gapo pijoe.

sketsa sebuah perjuangan さんのコメント...

komunikasi massa.

kawe raso kawe kekurange ilmu tahap dewo, tu kawe sambung belaja, ko guano mie. loni zaman maklumat, masyarakt bermaklumat. sapo tertinggal, sakit perut kah kah kah kah.

mie dok manow loni? ape citer

ainohikari さんのコメント...

dok jepun lagi yop. yokohama city.

Kalu ado rezeki kawe nok dok lamo lagilah sini. Mate 3,4 tahun lagi. Lagi lamo lagi baguh, lagi banyok usaho dakwoh bleh buat insyaALlah.

..............

Hidhir Ibrahim さんのコメント...

Salam, minta izin untuk olah sedikit setengah sumber dari tuan ya untuk saya sebarkan di blog saya. Jazakumullahu Khairan

コメントを投稿