Nostalgia Zaman Sekolah

Bismillah

Membaca beberapa entri kisah lama dari blog atau website orang lain membuatkan aku terfikir nostalgia-nostalgiaku di sekolah lama dahulu. Begitu banyak, ya memang begitu banyak tapi tidak pandai dikeluarkan dalam bentuk tulisan. Jadi, biarlah aku menulis setakat yang termampu dahulu.

Bergocoh

*gocoh atau dalam bahasa melayu standard-nya ialah bertumbuk.

Darjah 2 adalah tahun pertama aku bertumbuk dengan orang. Pada masa itu aku adalah ketua kelas 2 Hijau. Cikgu ada mesyuarat, jadi diarahkan ketua kelas untuk menjaga ketenteraman kelas sebab cikgu tahu budak-budak suka membuat bising bila cikgu tiada dalam kelas. Sebab musabab berlakunya pergocohan itu aku tak berapa ingat, cuma yang aku tak lupa budak bernama Khairul ni (bukan nama sebenar) kurang ajar dan lawan arahan aku sebagai ketua kelas.

Mula-mulanya tolak menolak, peluk memeluk, dan akhirnya naiklah kaki dan tangan sebagai senjata utama. Seingat aku, dua kali aku pernah gaduh di kelas itu dan kedua-duanya dengan si Khairul. Yang pertama ok saja, cuma bengkak-bengkak saja. Yang kedua, hidung aku berdarah sebab kena hentak ke dinding. Kepala pun ada kena, pening-pening juga dibuatnya.

Masa itu si Khairul agak samseng di sekolah kerana terpengaruh dengan perangai buruk abangnya, yang memang terkenal sebagai kaki gaduh di kampung. Dia pernah cerita yang dia pernah join abangnya gaduh dengan budak-budak sekolah menengah. Ganas betul. Tapi apapun, aku dan Khairul berkawan baik lepas dua pergaduhan itu. Mungkin sebab masing-masing tahu kekuatan masing-masing, hoho. Bahkan dari dua pergaduhan itu kawan-kawan lain tidak dapat judge siapa yang menang dan siapa yang kalah, kerana selalunya penentuan itu hanya ditentukan dengan salah seorang pihak menangis atau mengalah.

Aku, Dia dan SBP

Dari darjah satu sampailah darjah enam, aku tak pernah dapat potong keputusan peperiksaan kawan baik aku sorang ini. Sebabnya dia selalu dapat nombor satu. Aku pula kadang-kadang nombor 2,3,4, dan 5. Kuyashii sungguh.

Tapi ada satu ujian itu aku dapat potong dia. Yee..ha. Cuma yang tak bestnya ujian itu 4 orang dapat no.1 atas sebab semua dapat jumlah markah yang sama. Aduyai, spoil-lah 3 orang tu. Gua baru nak merasa pemenang mutlak tapi terpaksa berkongsi dengan lu olang plak.

Bila UPSR, aku, dia dan 5 orang kawan lagi dapat keputusan 5A. Minus sorang kesemuanya dapat masuk ke sekolah berasrama penuh. Aku ke Sekolah Alam Shah (SAS), dia ke SM Sultan Abdul Halim (SMSAH), yang lain ke Sekolah Tun Fatimah (STF), SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra (SMSTMFP) dan SM Sains Machang (SMACH). Maka bermakna, aku ke KL dan dia ke Kedah. Jadi bermula dari situlah kami sentiasa terpisah. Terpisah mencari ilmu dan iman. Berhubungnya cuma apabila pulang bercuti panjang di kampung.

Kriss 120cc tiada brek

2003 : Sepanjang cuti persekolahan ini aku tidak bercadang untuk melakukan kerja part time sebagaimana trend budak masa itu memandangkan aku ingin duduk di rumah menjaga adik bongsu aku yang dilahirkan dalam keadaan down syndrome.

Selain itu, aku ingin meluangkan masa bersama dengan kawan baik aku juga, iaitu Wadi. Tapi disebabkan tiada apa-apa kenderaan di rumah hatta basikal, maka terpaksalah Wadi meminjam motor ayahnya Modenas Kriss 120cc tiada brek tangan, lol. Cukup berhati-hati aku naik motor ini bimbang-bimbang kenderaan di depan brek mengejut.

Namun, keseronokan aku bersama kawan baik aku ini tidak lama kerana Wadi dipanggil ke PLKN. Aduh..ada je benda mengacau. Terpaksalah Wadi berada di kem selama 3 bulan (kot) menjalani latihan yang ditetapkan di sana. Ikutkan hati teringin memohon untuk pergi sama dengan Wadi, hehe.



5 コメント:

rijalnaif さんのコメント...

owh....
sudah lama rupanya aku tak update blog sendiri dan tak menjenguk blog sahabat baikku ini...

1) siapakah gerangannya khairul itu mie? knape aku tidak mampu mengulangtayang memori tersebut. mungkin aku tiada di tempat kejadian.

2) masing-masing mahu bersaing menang. itulah persaingan sihat. mung sepatutnya mampu mengalahkan aku ketika saat lagho aku iaitu darjah 3. masa tu aku tak pernah dapat nombo 1. tapi darjah 4, 5, 6 aku kembali... tapi itu dulu mie.. sekarang masing-masing berjaya dalam bidang masing.insyaAllah.

3) lepas SPM sajalah masa untuk kita merayau-rayau..haha... sedih juga bila aku seorang je yang terpilih ke PKN... tapi mie, kan kita jupe balik kat petaling jaya, selama 2 tahun di situ..haha...

itulah memori.

ainohikari さんのコメント...

1). Khairul Izwan, ingat ?
asalnya aku nok tulih namo samare jah, tapi tertulis namo btul plop, haha.

Budok2 panggil dio iwang. umoh beloh masjid geting tuh. tiap-tiap bule poso mok dio jua depe umoh.

2). aku br ingat, darjah 3 tu kito baru masuk kelah kuning. maso tu sumo lagho2 sket. kelah pete deh ? angoh jadi ketua pengawas sesi pete kalu tok silap. guru kelah kito cikgu sains, apo namo dio, haha..saye sungguh cikgu ko angoh. nati aku sambung plok cito dio, hehe.

rijalnaif さんのコメント...

ho aku knal dio...haha.. iwang...debe molek dio dulu.. tp meme dio baik pun..maso last jupo aku maso aku wat ujian komputer lesen muto 2 tahun dulu...dio wat skali ujian tuh ngan aku..haha..

ho, kito kelah pete jah 2 smp jah 4...haha.. o?cikgu che well ko?...

ainohikari さんのコメント...

haha..wat lesen motor sekali kah..baru lagi la deh. tapi seronyo lamo doh aku napok dio merempit, kahkah.

haah, cikgu che wey...aku ado perasaan sakit hati sikit dengan cikgu ni dulu. tapi aku buat dono jolah. mungkin cikgu tokprase bendo hok dio buat tu buatkey anok murid dio soghe ni traso, hoho.

rijalnaif さんのコメント...

hoho...kalu kelik aku jupo sokmo cikgu che wey duk jual kat pasar pagi jumaat tmpt ma aku jual kain baju tuh... dio sihat.. lo ni cikgu che well ngaja sk bunohan kot.. rasanya la..

コメントを投稿