Cuti yang Bermakna (I)

Bismillah


Syukur alhamdulillah beberapa bulan sebelum bermulanya cuti musim bunga, aku sudah cuba merancang aktiviti-aktiviti yang ingin aku lakukan sepanjang cuti ini. Antaranya, jaulah (ziarah) ke tempat kawan-kawan sepengajian di IBT dahulu dan berkenal-kenalan dengan orang di kawasan tempat tinggal kawan itu.

Disebabkan perjalananku menggunakan perkhidmatan 18 kippu, maka perjalanan satu tempat ke satu tempat akan memakan masa yang panjang. Namun begitu ia amat baik bagi aku kerana aku masih ada satu matlamat lain untuk cuti ini, iaitu, menghabiskan membaca buku Men Are From Mars, Women Are From Venus, buku pemberian seorang rakan yang cukup baik dan rapat denganku.

Tempat pertama yang dituju ialah Nagoya. Walaupun sudah agak banyak kali aku ke sana kerana hal-hal tertentu sebelum ini tetapi kali ini aku pergi juga bagi merealisasikan perancangan yang disebutkan tadi. Boleh berjumpa dengan Nik dan Shida adalah satu kesyukuran bagi aku. Inilah dikatakan "semangat ke-IBT-an", haha.

-gambar budak IBT yang separa matang..lol.. (3 tahun yang lalu) -

-bersambung-

0 コメント:

コメントを投稿