Cuti yang Bermakna (II)

Di Nagoya, aku sempat menghadiri pameran art di salah satu toshokan di sana. Cantik-cantik hasil seni yang dipamerkan, walaupun pada hakikatnya aku tidaklah berapa minat akan pameran sebegitu.

Hari ketiga di Nagoya, abang Lan ada buat sedikit (majlis) makan-makan, dan aku, Nik dan Afif dijemput hadir. Ianya juga sempena lawatan bro Jimi, Bos dan Ajaq sekeluarga ke Nagoya aku fikir. Alhamdulillah, kenyang perut hari itu setelah berlapar di pagi harinya kerana tuan rumah masak daging burger makan sorang-sorang je pagi tu, wakaka.
Pulang dari rumah abang Lan, aku meminta Nik membawaku ke kedai kebab untuk membeli santapan malam dan pagi esoknya. Macam biasa aku yang baru sahaja kehilangan wang dengan baik hatinya belanja dua orang (note:nik dan afif) itu, woha!. Kemudian, aku meminta Nik bawakanku ke rumah Mudzakkir pula, kerana khabarnya Mudzakkir tidak berapa sihat.

Tazkirah sikit : melawat orang sakit ini adalah salah satu sunnah Nabi Muhammad SAW. Bahkan adalah satu fardhu kifayah menurut kebanyakan ulamak. Sabda Nabi SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. :

Ada lima Hak seorang Islam keatas orang Islam yang lain : menjawab salam, menziarahinya semasa sakit, melawat jenazah, menerima jemputannya, dan mendo’akannya apabila dia bersin [Hadith Riwayat Ahmad, al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud].

Dan, menziarahi pesakit ini mendatangkan banyak kebaikan.
Sabda Nabi SAW :

Apabila seorang Islam melawat saudaranya yang sakit, dia sebenar telah melabur buah-buahan syurga sehingga dia kembali” [Hadith Riwayat Muslim].

Sebagaimana yang disyarahkan oleh Imam Nawawi, melawat orang yang sakit tidak semestinya orang yang dikenali, akan tetapi kepada siapa sahaja yang sakit. Jika si-pesakit telah memesan agar jangan melawatnya, maka pada masa itu tidak digalakkan untuk melawatnya.

Sambung balik cerita. Tibanya di rumah Mudzakkir, aku ingatkan dia tengah baring ke atau tengah berehat sambil berselimut, tapi rupa-rupanya dia tengah main game, wakaka..kantoi!!. Budak tahfiz sekarang ini pelik-pelik betul. (Mudzakkir, kalau hang baca ni jangan marah ok, wa gurau-gurau aje, kikiki.)

Tapi, baguslah dia tak demam atau sakit apa-apa, dan aku boleh teruskan satu niat tersembunyi aku untuk berjumpa dia, yaitu, translate-kan teks bacaan doa yang aku baru hafal, hoho. Si Mudzakkir aku sudah lantiknya menjadi guru bahasa arab peribadi aku. Dan insyaAllah satu hari nanti menjadi guru bahasa arab untuk AJK-AJK IPIJ dan pelajar-pelajar lain di Jepun juga. Tetapi dia Mudzakkir perlulah pastikan bahasa arabnya tidak hilang dan untuk itu perlu dilakukan ulangkaji yang berkala.

Aku tak lama di rumah Mudzakkir kerana Nik perlu ke tempat baito-nya. Kami pulang ke rumah (note:bukan rumah aku tapi rumah Nik dan Afif), dan terus tidur. Bangun lebih kurang pukul 12.30 tengah malam, aku tunaikan solat Isyak, mengadap komputer dan mengacau Afif main keyboard , haha. Hasilnya, pada malam itu juga aku berjaya mengkhatam lagu "Happy Birthday" menggunakan keyboard barunya, woha!

-bersambung lagi-

2 コメント:

匿名 さんのコメント...

uwah, ramainya ke Nagoya..mcm best jek..
sayangnye radioIPIJ dah xde..kalo x, boleh la Mudzakkir jd cikgu Arab baru,hehe

ainohikari さんのコメント...

@zalizabrina,
ramai jugaklah hari itu. meriah. wa pun sempat bergambar dengan awek baru wa, Balqis, wakaka.

コメントを投稿