Perantau Musafir Perjuangan

Bismillah

'Perantau musafir perjuangan' adalah petikan awal lirik lagu Perantau nyanyian kumpulan The Zikr dan terbaru dipopularkan lagi oleh bekas munsyid dalam kumpulan ini sendiri, yaitu, abang Nazrey Johani melalui albumNostalgia Memori The Zikr.

Mendengar sambil menghayati lirik lagunya yang cukup indah ini membuatkan hatiku cukup terasa. Dengarkan.


Perantau - Nazrey Johani

Perantau musafir perjuangan
Tabahkanlah hatimu
Berjuang di rantau orang
Sedih pilu hanya engkau yang tahu

Ingatan anak dan isteri
Janganlah menghiris hatimu
Kerinduan desa nan permai
Janganlah melemahkan semangat juangmu

Diwaktu ujian badai terus melanda
Engkau tetap gigih berjuang
Membenarkan sabda junjungan
Terus memburu menuntut janji
Pastilah ISLAM gemilang lagi


Tapi pejuang kembara perjuangan
Ujian bukan batu penghalang
Kerana itulah syarat dalam berjuang


Oh pejuang di manapun ada ketenangan

Di manapun ada kebahagiaan
Bila insan kenal pada tuhan
Kasih sayang dan pembelaan-Nya


Bagi insan yang menyerahkan
Jiwa dan raga, anak dan isteri kepada Allah


.................................................

Walaupun aku masih belum mendirikan rumah tangga, masih tidak merasai cabaran orang berkeluarga, masih tidak menghadapi hal-hal isteri dan anak-anak, namun aku sentiasa berdoa pada ALLah supaya hatiku tetap pada jalanNya. "ujian itu bukan batu penghalang, kerana itulah syarat dalam berjuang".

Allahuakbar.

0 コメント:

コメントを投稿