Membaca Khutbah atau Berkhutbah ?

Bismillah

Dua istilah ini, membaca khutbah dan berkhutbah semua orang sudah faham akan maksudnya. Secara mudahnya membaca khutbah ialah menyampaikan khutbah berpandukan teks di kertas, manakala berkhutbah ialah menyampaikan khutbah berdasarkan ilmu di dada tanpa berpandukan teks kertas dan sebagainya.

Dari dulu aku berkeinginan untuk berkhutbah tetapi sampai sekarang aku masih gagal. Punca utamanya ialah kelemahanku dalam menguasai bahasa Inggeris. Menulis mungkin tiada masalah lagi walaupun terpaksa struggle sedikit tetapi untuk bercakap, owh terasa amatlah susah. Apatah lagi bercakap di hadapan khalayak ramai, yakni para makmum.

Aku di Millenium Court (MC)

Semenjak membuat persediaan bahasa di Institut Bahasa Teikyo (IBT), aku banyak belajar perkara-perkara yang baru. Aku ditempatkan di blok A di Millenium Court yang mana blok ini kebanyakan penyewanya adalah dikalangan pelajar dari negara Arab. Barangkali Arab Saudi. Mereka datang ke Malaysia untuk mengambil kursus 6 bulan atau setahun bahasa Inggeris. Kata mereka, di Malaysia harga kursus murah dan taraf hidup sederhana. Aku sering berjumpa dan kadang-kadang berbual dengan mereka di surau. Terutamanya yang istiqamah datang untuk solat berjemaah. Bukan yang datang untuk basuh tangan!

Pada masa itu aku dapat rasakan English aku amat teruk. Aku faham apa yang diperkatakannya tetapi agak susah untuk menjawabnya semula. Dan English ini terasa bertambah teruk apabila terpaksa belajar satu bahasa lain lagi, iaitu Bahasa Jepun. Owh, 結構つらかった。Namun aku cuba juga dan alhamdulillah makin lama makin baik dan makin confident untuk bercakap dengan orang luar. Mungkin sifat aku yang suka bertegur sapa dan berkawan banyak membantu.

Khutbah di YOKOMS

YOKOMS stands of Yokohama Muslim Students (Society). Ketika 1年生, disebabkan asrama jauh dari universiti dan jadual kelasku padat, maka aku sering tunaikan solat Zohor di universiti. Alhamdulillah selama 5 hari persekolahan itu aku sering dapat solat berjemaah, dan dari situ aku dapat berkenalan dengan ahli-ahli YOKOMS yang lain. Ada Nigeria, ada Bangladesh, ada Pakistan, ada Jordan, ada Uzbekistan dan sebagainya. Tapi mereka ini pada hari Jumaat pun aku akan berjumpa dengan mereka.

Bagi solat Jumaat, wakil YOKOMS akan membahagikan tugas kepada beberapa pelajar untuk menjadi khatib. Selalunya pelajar Phd yang menyampaikan tetapi disebabkan mereka agak sibuk, kadang-kadang pelajar undergraduate terpaksa juga mengambil tugas. Dan aku tidak terkecuali menerima tugas ini ketika di tahun pertama.

First time memberi khutbah, kepala lutut aku bergetar seolah-olah ada kesan vibrate. Masih ingat lagi, teks khutbah pertama yang aku baca cukup panjang sehinggakan aku terpaksa skip di sesuatu tempat. Aku tak sure para makmum faham atau tidak khutbah yang aku sampaikan pada waktu itu. Mungkin tidak, aku beranggapan.

Bila berfikir begitu terasa ruginya aku mensia-siakan masa untuk aku "memberi" sesuatu kepada mereka. Maka dari situ, aku cuba proaktif sedikit untuk mencari khutbah yang berkait dengan hal semasa dan ringkas serta mudah untuk difahami. Alhamdulillah, akhirnya aku menjumpai website yang di dalamnya mengandungi teks-teks khutbah yang ringkas dan menarik, yang amat sesuai untuk khatib yang ingin membaca khutbah dalam jangka masa yang pendek.

Hari demi hari, minggu demi minggu, masa berlalu dengan pantas dan tahun ini sudah masuk tahun keempat keberadaan aku di Jepun. Dan boleh dikatakan aku agak senior dikalangan khatib-khatib di Yokohama, haha. Tapi, seperti yang aku sebutkan di awal entri, aku masih berdukacita kerana aku masih belum mampu berkhutbah, cuma setakat membaca khutbah sahaja. Allahuakbar. Jika diminta sebab atau alasan, tentulah berpuluh-puluh alasan akan keluar, tapi setakat itu sajakah yang mampu aku buat ?

Shame on me. Teringat lirik salah satu lagu English yang pernah aku dengar. Semoga dengan tulisan ini azam aku bertambah kuat untuk berkhutbah. Maka, dengan azam yang kuat ini aku akan berikhtiar dan berusaha juga untuk ianya terlaksana. Amin Ya Rabbal 'alamin.

5 コメント:

匿名 さんのコメント...

Untuk menjadi seorang pengkhutbah... try cari topik-topik yang sangat dekat dengan diri sendiri. Cerita, topik yang paling kita suka. Biarpun simple. Guna simple English, tak perlu susah-susah. Slow and steady. InsyaAllah :)All the best~

匿名 さんのコメント...

Kalau tak salah, dalam video kat entry bawah ni ada sedikit tips untuk tajuk-tajuk khutbah.

http://ummahfilms.blogspot.com/2006/06/videoblog-1-funny-things-at-jummah.html

ainohikari さんのコメント...

Soudane. Cari tajuk yang dekat dengan diri sendiri banyak membantu kita untuk bercakap.

InsyaAllah, akan cuba dan practice.

p/s: thanks for the link.

rijalnaif さんのコメント...

mie,
kalau tak mencuba, sampai kiamat pun kita tak boleh buat..haha..tu kata2 CEO tempat aku praktikal sekarang.. bagusla mung dah start ngan first step, iaitu baca khutbah... aku yang kat uia ni pun x berupaya lagi... walopun english bahasa masa kuliah tp my speaking skill still veyr bad... masih banyak yang kena improve...hhaha..

nway, mung tra lah berlatih deh..hehe

ainohikari さんのコメント...

@ wadi,
dulu, masa 1st year aku ado kelah bahaso inggeris. kelah tu ado speaking jugok,de bleh dikatoke ako jare prepare untuk speaking dale kelah tue tapi sokmo sensei puji. Meme ghaso banggola, walhal bendo hok aku kecek tu bendo simple2 jah.

so maso nok wi khutbah, traso nok wak gitu gok. tapi...yappa chigau. berkhutbah ni main tibai gitu jah jadi bunyi lain, so nok tok nok keno practice abih tey..insyaAllah, sapo turn aku bule depe, berkhutbohlah aku depe tue..takbir!!!

コメントを投稿