Ihsan : Aku Menangis

Bismillah

Ketika ingin melelapkan mata tadi, aku teringat satu cerekarama yang aku save-kan di Youtube baru-baru ini. Tajuk cerekarama itu ialah seperti yang tertulis di tajuk entri ini, Ihsan.

MasyaAllah, inilah kali pertama aku melayan cerita melayu sehingga berlinangan air mata. Bukan kerana mataku dimasuki serangga atau batu kecil, dan bukan juga kerana hero berpisah dengan kekasih sepertimana cerita Hindustan dulu-dulu, tetapi kerana ianya mengingatkan aku bahawa aku ini masih ada ibu bapa dan aku wajib berjasa, dalam kata lain berbakti serta menghormati mereka.

Cerita ini memaparkan kisah penderhakaan seorang anak terhadap ibu bapanya. Memaparkan azab-azab pada orang yang derhaka pada ibu bapanya ketika di dunia lagi. Memaparkan kepada kita bahawa seorang ibu itu walaupun dirinya diperlakukan teruk oleh anak kandungnya sendiri tetapi ia masih ingin berjumpa dan mengasihi anaknya.

Astaghfirullah, aku beristighfar banyak pada Allah s.w.t apabila memikirkan perbuatan-perbuatanku dahulu yang mungkin menyakiti hati ibu bapaku. Ada disebut dalam cerekarama ini tentang kisah seorang pemuda di zaman Rasulullah SAW yang bernama Alqamah yang tidak dapat mengucap dua kalimah syahadah kerana ibunya. Cerita sebenarnya lebih kurang begini :

Alqamah adalah seorang pemuda yang baik dan taat, rajin mendirikan solat, banyak berpuasa dan bersedekah. Tetapi, Alqamah dikatakan lebih mengutamakan isterinya berbanding ibunya lalu ibunya makan hati berulam jantung dan tersinggung dengan perbuatan anaknya. Akibatnya, Alqamah tidak mampu mengucapkan dua kalimah syahadah pada penghujung hayatnya.

Jadi Rasulullah SAW bertindak untuk membakar Alqamah hidup-hidup di hadapan ibunya jika ibunya tidak memaafkannya. Akhirnya tindakan Rasulullah SAW itu menyebabkan ibunya segera memaafkannya dan Alqamah dengan mudah mengucapkan dua kalimah syahadah.

Selepas dimandi, dikafan, disolat dan dikebumikan, Rasulullah SAW berdiri di tepi kuburnya lalu bersabda yang bermaksud: "Wahai kaum Muhajirin dan Ansar! Sesiapa yang lebih mengutamakan isterinya daripada ibunya, nescaya akan ditimpa kepadanya laknat Allah dan juga tidak akan diterima daripadanya taubat dan tebusannya."� (Hadis riwayat Abu al-Laith)

Kisah Alqamah dengan ibunya ini mengajar kita betapa seorang ibu sanggup berkorban apa saja dalam dunia demi keselamatan dan kesejahteraan anaknya. Oleh sebab itulah, Islam mewajibkan anak menunaikan segala hak ibu dan melayani ibunya dengan sebaik mungkin.

Ibu bapa mempunyai kedudukan yang sangat tinggi di sisi Allah s.w.t. sehingga Allah s.w.t. memerintahkan kita berbuat baik kepada mereka berdua selepas Allah s.w.t. memerintahkan kita mengabdikan diri kepada-Nya.

Allah berfirman, "Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik." (Surah al-Israa' : 23)

Ulamak syarah, sekiranya mengucapkan "ah" kepada orang tua itu pun sudah tidak dibenarkan oleh agama, apatah lagi mengucapkan kata-kata atau memperlakukan mereka dengan lebih kasar daripada itu.

Semoga Allah s.w.t. jauhkan kita dari tergolong dari golongan orang-orang yang derhaka kepada ibu bapa mereka. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

8 コメント:

rijalnaif さんのコメント...

bila dah merantau jauh, kita mula jarang menghubungi ibu bapa...kita fikir, sudah memadai wang ringgit yang dikirim padahal nilai kasih sayang itu lebih dari tu.. pulanglah, jenguklah ibu bapa kita sekerap mungkin.. mereka hanya perlukan kasih sayang, ingatan daripada kita....wadi

ainohikari さんのコメント...

@ wadi,
timo kasih die. aku pun segho gitu sokmo sebelum ni, sebab tu bilo ado sain aku tanyo, aku nok kijo mano kalu blk msia nati ? aku jawab, ak nok dok kelate, sebab ak nk tgk2 mok aku..

harapnyo bakal bini aku pehe la denga hasrat baik aku nih, hehe...

p/s:jupo bule poso atau ghayo tahun ni die, insyaAllah

匿名 さんのコメント...

Anak lelaki wajib taat dan melebihkan ibu dalam segala hal berbanding isterinya.Seorang isteri pula wajib taat kepada suami.Mesti ramai orang yang akan kata,Islam ni tak adil.Tapi,jangan lupa satu perkara..seorang isteri juga adalah seorang ibu kepada anak lelakinya-yang mana bila anak-anak lelakinya sudah berkahwin,mereka akan taat dan memberi priority kepadanya pula berbanding isteri mereka satu hari nanti.Bila fikir-fikir balik,seperti satu proses timbal balik,yang mana semua pihak tetap mendapat faedah dan kelebihan masing-masing.Kalaulah semua orang faham..

+semoga Allah beri kekuatan dan kemudahan untukku dan orang-orang di sekelilingku beramal
+usah biarkan kehilangan menggantikan lafaz yang tersimpan-kata UNIC

:)

ainohikari さんのコメント...

@ kiminoegao,
Soudane. Hujah yang diberikan memang tepat. Mustahil pada Allah s.w.t. melebihkan atau mengurangkan pada hamba-hambanya. Mustahil juga pada Allah s.w.t. itu bersikap berat sebelah. Allah itu adil. Ini asas aqidah kita.

+semoga diberikan kekuatan untuk menyampaikan kefahaman itu kepada orang di sekeliling.
+usah biarkan diri di bawa arus dan dipengaruhi suasana yang kurang sempurna. =)

JazakAllahhukhaer.

rijalnaif さんのコメント...

insyaAllah mie, mung balik kelate aku pun cuti jugok...aku insyaAllah nok tra mitok kijo HKB atau HUSM...hurm..x lamo doh..x sbr rasanya nok kijo, tlg mok ayoh..hehe..

ainohikari さんのコメント...

@ wadi,
sokka..iine.
aku lambat lagi die nok abih. (keciwa-keciwa)

Nway, aku doake mu bleh kijo 2 tempat tu lah insyaAllah. Dok kelate sene nok tengok2 mok ayoh deh. Adik2 mu pun ghama lagi tuh, hoho..

Irfan Jani さんのコメント...

MasyaAllah, sahabatku. Kau sudah menulis sejak sekian lama tanpa mengutus khabar kepadaku. ;_( Rindu bertaut lagi.

p/s: Oh, lari topik. Aku pun menangis menonton drama Ihsan. Ada satu lagi yang menarik, tajuknya "Dhuha" di Youtube.

ainohikari さんのコメント...

@ Irfan Jani,
Macam mana sang pelangi boleh sampai ke sini nih, haha. Sorry sheikh, aku cuma menulis untuk suka-suka dan belum bersedia untuk memberi pada umum. Namun, sekiranya ada orang luar yang tak dikenali membaca itu, shouganailah kan.

Terima kasih kerana memberitahu satu lagi cerita melayu yang best. Aku free tahun ini insyaAllah, so ada masalah nak khatam cerita-cerita melayu nih, hehe.

コメントを投稿