Cuti Yang Bermakna (Last)

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga aku menghabiskan episod kembara yang tak berapa best ini, haha. Best tak best bukan itu yang aku pedulikan sebenarnya tetapi, bermakna atau tidak itu yang aku fikirkan. Dan bagi aku sudah tentu ianya amat bermakna, sebab itulah aku letakkan di kepala entri-entri ini dengan tajuk "Cuti yang Bermakna". =)

-salah satu nasi kegemaranku yang disediakan-

-disediakan bento ketika keluar-

Disebabkan ini entri yang terakhir maka aku ingin mengambil kesempatan untuk ucapkan jutaan terima kasih pada sahabat-sahabat yang sudi meluangkan masa untuk menemani, melayani dan menolong aku sepanjang keberadaan aku di tempat kalian. Walaupun keberadaan aku di tempat kalian mungkin dilihat sekadar ryokou tetapi ketahuilah sebenarnya ia lebih daripada itu. Lebihnya membuatkan aku terasa begitu beruntung dan gembira sehingga hari aku menaip ini, jazakAllahhu khairan kathiira.

-siapakah yang lebih beruntung dari aku ? wakaka -

p/s: edisi kembara ini ada satu tempat aku tidak sempat pergi, iaitu Tokushima. Maaf safuan, ada rezeki nanti kita akan berjumpa. :D

0 コメント:

コメントを投稿