Ngele

Bismillah

Semalam, balik dari malam markaz (dusun raja) dengan abang no.2, pelbagai hanashi kami perbualkan. Mula dari hal bidaah dikalangan orang Melayu sampailah masuk hanashi kahwin.

Hanashi kahwin pun berkait hal bidaah juga seperti bersanding, majlis akad nikah yang bercampur gaul laki pmpuan, 'ngele' dsb.

'ngele' itu dalam loghat kelate, kalau roughly translation maksudnya lebih kurang, menjemput orang datang makan tapi mengisyaratkan supaya memberi sumbangan duit (rm5,rm10 dll). Asal ngele ini baik iaitu menggalakkan orang luar untuk membantu mengurangkan beban family yang mengadakan majlis perkahwinan untuk anaknya tetapi bila nilainya hilang, maka ngele ini sudah menjadi adat yang membebankan bagi orang yang dijemput. Kalau orang yang dijemput berkemampuan tiada masalah, tetapi bagaimana pula orang yang susah ?

Bahkan lebih teruk lagi, kebanyakan orang sekarang ini mengambil kesempatan adat ngele ini untuk mengaut keuntungan. Seolah-olah satu perniagaan, astaghfirullahhal'azim.

Ini berdasarkan pemerhatian kami terhadap orang yang dekat dengan kami sendiri.

2 コメント:

rijalnaif さんのコメント...

buke ko NGELE ko mie?...

Walimah berbentuk perniagaan tidak wajib dihadiri...?

ainohikari さんのコメント...

awat teman tulih 'ngale' plop nih. haha..
btul doh tuh, ngele kato asa dio.

.....
Sebelum pergi ke soal hukum wajib atau tidak, kena fikir juga, bagaimana kita nak judge atau tahu walimah yang dijemput itu berbentuk perniagaan? Sebab, seperti yang aku beritahu dalam entri, asal 'ngele' ini baik. Memang untuk tolong orang. Jadi, atas kitalah mahu bagi atau tidak.

Cuma, masalah akan timbul di sebelah pihak sana pula. Terasa hati, takpuas hati dsb. hmm...susah nak ubah orang. Maka nak tak nak, kita sendiri yang tunjukkan contoh walimah yang tiada 'ngele'. =)

Kesimpulan, jika dijemput kita tetap pergi. Hal bagi duit, bagi setakat yang termampu. Pesan ustaz azhar, kalau takde duit sangat, ambil kertas atau tisu letak dalam sampul kecil dan beri ketika orang ramai. hoho. Semoga dapat diamalkan, kehkeh.

コメントを投稿