Cuti Yang Bermakna (III)

Dari Nagoya aku teruskan sesi kembara ke Saijou, Hiroshima. Terima kasih pada kouhai IBT aku di sana, Mundzir kerana menyediakan satu bilik penginapan untuk aku dan kawan aku, Zaki. Zaki bertolak dari tempat tinggalnya, Shimane, dan kami bertembung di Kurashiki Stesyen ketika dalam perjalanan. Pandai juga kami chousei masa, hoho.

Saijou, merupakan salah satu kawasan yang aku boleh sebutkan sebagai satu pekan yang terletak di bahagian tengah Higashi-Hiroshima. Kawasannya aman, tenang dan sesuailah untuk menghilangkan tekanan-tekanan hidup di bandar. Kedatangan aku ke Saijou ini bukanlah kali pertama kerana pada musim panas 2007 aku pernah sampai di sini. Begitu juga kawan aku Zaki, dia pernah datang pada tahun 2006.

Apapun syukur alhamdulillah, kedatanganku pada kali ini menciptakan pelbagai kenangan yang cukup indah. Bukan sahaja matlamat kembara aku terlaksana, bahkan aku mendapat lebih dari itu. Apa yang lebih itu agaknya, haha.

Hari ketiga di Saijou, kami dijemput ke rumah Abang Om dan Kak Na untuk menjamu selera. Baik sungguh pasangan suami isteri ini kerana mereka amat gemar meraikan tetamu-tetamu yang datang ke Saijou. Semoga Allah murahkan dan berkati rezeki mereka sekeluarga. Pada malam itu pelbagai hal dan cerita yang dibualkan di antara kami semua, termasuklah perasaan yang dirasai ketika di Jepun ini. Abang Om ada sebutkan bahawa apabila dia datang ke Jepun, dia merasakan ada satu kekurangan. Dan aku menyambung ayatnya, "ya, kekurangan itu pun saya rasai sebelum ini. Kita kekurangan makanan rohani di sini. Kurang pengisian dalam diri." Kata-kata aku itu diiakan oleh Abang Om. Kami berdua ada satu fikir yang sama. Syukur alhamdulillah fikir itu bukanlah fikir dunia tapi fikir agama! Seterusnya Abang Om ada ceritakan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh penduduk Saijou sepanjang tahun lepas dan tahun ini. Menarik dan terasa cemburu bila ditunjukkan gambar-gambar dalam fotopages Hirodai.

-bergambar bersama abang Om (berbaju t-shirt putih)-

Pada malam Jumaat pula aku dijemput hadir ke majlis bacaan Yasin mereka. Katanya Abang Om, majlis ini masih baru lagi tapi alhamdulillah boleh istiqamah seminggu sekali walaupun kedatangan ahli tidak menentu. Tahniah Abang Om. Kerja ugama ini tiada yang mudah, dan sememangnya kerja ugama perlukan pengorbanan dan istiqamah dalam diri kita. Semoga Abang Om dan sahabat-sahabat di sana sentiasa tsabit dengan apa-apa jalan dakwah. Sesetengah orang mungkin nampak kecil majlis bacaan Yasin ini tetapi adanya majlis ini adalah jauh lebih baik daripada tiada langsung. Namun diingatkan, sebagaimana yang disentuh dalam tazkirah ringkas saya pada malam itu, janganlah dii'tiqadkan pada malam Jumaat hanya boleh baca Yasin. Surah-surah lain pun tiada masalah.

Lebih kurang 5 hari aku berada di Hiroshima. Antara tempat yang aku pergi ialah Miyajima, Marine Hop, Iwakuni, You Me Town dan lain-lain. Di Miyajima, aku sempat makan 2 ketul kaki. Sedap sungguh. Di Marine Hop aku sempat beli sepasang kasut baru. Haiz, habiskan duit. Di tempat-tempat lain, aku just jalan-jalan sambil bergambar.
-sementara menunggu kaki siap dimasak, kami pekena ocha secawan-
-pintu gerbang Marina Hop (tiada apa sangat yang menarik di sini)-

Begitulah sedikit sebanyak pengalamanku ketika berada di Hiroshima. Seterusnya aku ke Matsue, Shimane pula tapi, bersambung.....lol

5 コメント:

匿名 さんのコメント...

uwah, panjangnye catatan perjalanan..nak wat mcm ustaz hasrizal ekk..hihi
kat sini pon, ada bacaan yasin je tiap2 mggu..mmg rasa kecil la, sbb lps baca yasin trus pakat2 tgk tv and makan..mcm xde makna..tp sbnrnye mmg lg bgs ada drpd takda..tp mslhnye dah berthn2, xde perkembangan..dok mcm tuu jelah huhu..

匿名 さんのコメント...

Pembetulan:
+Saijo adalah sebuah pekan yang terletak di bahagian tengah Higashi-Hiroshima

+Kalo tak silap,penulis datang ke saijo buat kali pertamanya pada bulan Ogos 2007 (natsu 2nensei) selepas berjaulah ke Okayama.
Fuyu 2007 ke Yamaguchi jyanakattakke?? (^_^)

ainohikari さんのコメント...

@zalizabrina,
Secara peribadi, memang teringin menulis seperti ustaz hasrizal tapi blog ini lebih untuk diri penulis dan bakal isteri penulis, wakaka. Ini akan menjadi bahan penyeri keluarga wa satu hari nanti insyaAllah.

Hal bacaan yasin di tempat hang tu, wa fikir kena ada sorang atau lebih orang yang cuba usaha masukkan sedikit tazkirah ke atau apa-apa bahan yang boleh dikongsi lepas bacaan yasin. Buat macam kedai kopi sendai lah, hoho. Kalau rasa susah lagi, buat bacaan taalim saja. Baca kitab fadhail amal ke, riyadhus solihin ke, bimbingan mukmin ke. Semoga dipermudahkan ye.

p/s:di sini susah gila mahu istiqamah. rumah semua jauh2 (>_<)

@kiminoegao,
Mulai hari ini wa lantik u jadi pembantu peribadi wa lah, haha. Macam mana la wa boleh terlupa tarikh pergi hiroshima tu. Mungkin sebab tulis dalam keadaan tergesa-gesa kot. JazakAllah atas pembetulan itu.

p/s:entri sudah dibetulkan.

mafiqam さんのコメント...

Sakan no hang berjalan.
Jeles jeles.
Pastu, awat gambaq sket je?

ainohikari さんのコメント...

@mafiqam,
Sheikh, gambar2 wa banyak taruk kat facebook. Hang cr8 la akaun facebook kalau mahu tengok.=)

コメントを投稿