Cuti Yang Bermakna (IV)
Perjalanan dari Saijou, Hiroshima ke Matsue, Shimane dengan menggunakan futsu densha memakan masa lebih kurang 9 jam, lebih 2 jam dari yang sepatutnya. Agak lama kerana ketika dalam perjalanan taufan datang singgah dan kereta api terpaksa diberhentikan atas faktor keselamatan.
Punyalah lemah kita manusia ini, walaupun cuma satu jenis makhluk Allah yang datang, kita sudah takut dan tidak mampu berbuat apa-apa. Macam mana pula kalau berpuluh-puluh jenis makhluk Allah datang sekali gus ? Taufan plus puting beliung plus gempa bumi plus gunung berapi plus tsunami plus angin yang bawa wabak penyakit plus apa lagi..(taruk lah sendiri). Sudah tentu kita lagi takut dan mungkin sekadar menunggu mati saja, innalillahhi wa inna ilaihi rooji'un. Maka, jika selemah itu kita ini, adakah kita masih ada hati ingin lawan Allah ? Owh, sungguh sombonglah pada mereka yang masih tidak sedar akan hakikat ini. Sungguh bongkaklah pada mereka yang masih membelakangi hukum-hukum Allah. Sungguh hinalah pada mereka yang sengaja tidak ikut dan langgar perintah Allah dengan sengaja. Semoga aku dijauhi dari orang-orang seperti ini.
Sambung balik cerita. Di Matsue, aku tidak berjalan ke mana-mana melainkan ke tamaki, tempat makan yang selalu disinggahi oleh pelajar-pelajar Malaysia di sana untuk pekena udon.
-wa pun nak masuk gambar beb!-
Gambar yang kedua di atas diambil ketika berada di atas rumah api. SubhanALlah, cantik sungguh permandangan ciptaan ALlah.
Aku berada 6 hari di Shimane. Kemudiannya, bergerak pulang naik ke atas ke arah Nagoya. Perjalanan Matsue ke Nagoya ini lebih mencabar kerana ianya memakan masa hampir 12 jam. Pelbagai perkara aku buat untuk hilangkan rasa bosan. Main PSP, baca buku, baca al-Quran, dengar mp3, tidur dan tidak lupa juga ber-sms. Babai shimane, semoga berjumpa lagi.:)
20:19
|
ラベル:
Aktiviti
|
0 コメント:
コメントを投稿